fbpx
Now Reading
‘Awak Sedekahlah Dekat Sesiapa’, Amar Asyraf Sebak Zizan Masuk IG Live Beli Baju & Sambal Sampai RM1K

‘Awak Sedekahlah Dekat Sesiapa’, Amar Asyraf Sebak Zizan Masuk IG Live Beli Baju & Sambal Sampai RM1K

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan pandemik Covid-19 memberikan impak yang begitu besar kepada orang ramai. Antara yang teruk terjejas pastinya golongan seni kerana aktiviti penggambaran tidak dibenarkan kerajaan.

Justeru ramai dari golongan belakang tabir termasuk pelakon memilih untuk melakukan pelbagai pekerjaaan lain antaranya berniaga.

Tidak terkecuali buat pelakon drama terkenal Amar Asyraf yang kini menjana pendapatan tambahan dengan berniaga pelbagai jenis produk antaranya pakaian dan juga sambal keluarannya sendiri di bawah nama Halal Food by Amar Asyraf

Namun Amar baru-baru ini dikejutkan dengan kehadiran beberapa rakan selebriti yang tampil di IG live-nya untuk memberikan sokongan kepada beliau.

Antaranya ialah pelawak dan usahawan, Zizan Razak yang secara tiba-tiba memohon menyertai IG live tersebut sebelum menjelaskan yang dia sebenarnya berhajat untuk membeli baju dan sambal yang dijualnya sebanyak RM1,000 dan barangan tersebut diinfaqkan kepada orang ramai.

Amar yang terkejut dengan permintaan Zizan kemudian dilihat cuba sebak sebelum menitiskan airmata dipercayai terharu dengan tindakan rakannya itu.

Johan As’ari dan Zahiril turut beri sokongan

Selain Zizan, pelakon Johan As’ari dan Zahiril Adzim turut tampil di dalam live tersebut sebagai tanda sokongan terhadap Amar. Malah Johan turut berbuat perkara sama apabila membeli baju sebanyak RM200 yang dijual Amar.

Amar menerusi ruangan kapsyennya jelas terharu dan berterima kasih kepada mereka yang menyokongnya.

“Allahuakhbar. Hari ni Allah hantar Zizan Razak untuk saya, kemudian Johan As’ari tolong saya. Tadi saya nampak seorang lagi saudara saya Zahiril Adzmin juga.

“Terima Kasih Jugak pada ramai lagi yang beli untuk sedekah baju pada viewers. Saya tak tahu nak cakap macam mana. kalau ada rakan rakan terdekat saya tak perasan tadi saya minta maaf. Terima kasih tolong saya. Betapa jasa tuan puan Allah sahaja yang dapat balas.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.