Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Semalam kami ada berkongsi mengenai penamaan sebatang jalan di Gaza yang diberi nama Malaysia Street bersempena Hari Kebangsaaan Malaysia ke -64.
Inisiatif dari Majlis Perbandaran Gaza itu nyata menarik perhatian ramai netizen Malaysia yang terharu dengan tindakan mereka yang difahamkan sebagai tanda penghargaan warga Palestin terhadap persaudaraan dan solidariti rakyat Malaysia yang selama ini sentiasa bersama mereka.
Namun siapa sangka, sambutan hari kebangsaaan kita bukan sahaja mendapat perhatian dari penduduk di Palestin malahan turut diraikan di bandar Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menerusi perkongsian Facebook rasmi kerajaan Abu Dhabi, kelihatan beberapa bangunan-bangunan ikonik di bandar tersebut dilimpahi cahaya warna Bendera Malaysia, Jalur Gemilang.
Capital Gate dilimpahi Jalur Gemilang
Antara bangunan dan menara yang dilihat dilimpahi warna Jalur Gemilang adalah Bangunan Khalifa University, Capital Gate, dan beberapa lagi bangunan kerajaan.
Perkongsian tersebut nyata mencuri tumpuan netizen yang dilihat mengucapkan terima kasih diatas inisiatif yang dilakukan mereka.