fbpx
Now Reading
“Jaga Akhlak & Tingkah Laku” – Pejabat Mufti Tegur Netizen Maki & Hina Atlet Paralimpik Ukraine

“Jaga Akhlak & Tingkah Laku” – Pejabat Mufti Tegur Netizen Maki & Hina Atlet Paralimpik Ukraine

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui pingat emas Paralimpik Tokyo milik atlet lontar peluru F20 negara, Muhammad Ziyad Zolkefli Paralimpik terpaksa ditarik semula selepas mendapat protes dari pasukan Ukraine gara-gara ketibaan lambat Ziyad ke ‘Call Room’.

Malah rekod dunia yang dipecahkannya juga menjadi kabur selepas statunys berubah kepada DNS (Did Not Start).

Keputusan tersebut sekaligus menjadikan atlet Ukraine, Maksym Koval yang sebelum ini di tempat ke-2 untuk meraih emas milik Ziyad dengan catatan rekod lontaran 17.34m.

Keputusan tersebut nyata menaikkkan netizen Malaysia khususnya peminat sukan hingga ramai bertindak menyerang akaun instagram peribadi milik lelaki tersebut.

Namun siapa sangka, dia yang turut kehilangan akaun pertama dipercayai digodam netizen Malaysia bagaimanapun turut menerima hamburan kata-kata kesat dan makian berbentuk hinaan yang menyentuh status OKUnya.

Ia kemudian mendapat perharian segelintir netizen yang dilihat tidak bersetuju dengan tindakan biadap tersebut yang disifatkan agak keterlaluan.

Peka dengan perkara tersebut pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kemudiannya tampil memberi teguran kepada orang ramai yang bertindak sedemikian rupa.

Teguran tesebut bagaimanapun bukan berniat memalukan sesiapa sebaliknya sebagai pengaaeran dan teladan agar rakyat Malaysia saling menghormati sesama manusia khususnya kepada golongan OKU walaupun mereka bukan berasal dari negara kita.

Islam merupakan agama yang mengajar penganutnya agar menjaga akhlak dan tingkah laku yang baik. Tidak sepatutnya bagi seorang Muslim itu berkelakuan kurang sopan apatah lagi menyakiti orang kurang upaya (OKU).

Sabda Rasulullah SAW:

ملعون من كمه أعمى عن الطريق

Maksudnya: “Adalah dilaknat orang yang memesongkan orang buta dari jalan laluannya”.

Al-San’ani mengatakan hadis ini sebagai pedoman buat umat Islam supaya membantu orang kurang upaya (OKU) dari segi emosi dan fizikal, agar boleh menjalani kehidupan seperti orang lain.

Maka tidak seharusnya seorang Muslim itu menyakiti orang kurang upaya (OKU) melalui kata-kata dan perbuatan yang boleh menyakitkan mereka. (Lihat al-Tanwir Syarah al-Jami’ al-Saghir: 9/569).

Nasihat kami kepada orang-orang yang menyakiti orang kurang upaya (OKU), jagalah akhlak dan tingkah laku kita semua daripada perkara keji. Ingatlah sesungguhnya Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk memperbaiki akhlak dan budi pekerti, seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

إنما بعثت لأتمم صالح الأخلاق

Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik”.

Semoga kita semua menjadi contoh teladan buat keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Wallahua’lam.

Sekalipun kita kecewa dan marah, tidak patut untuk menghamburkan kata-kata kesat. Ingat, setiap perbuatan dan tulisan kita akan dihitung oleh Allah SWT.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.