fbpx
Now Reading
Muat Naik Foto Kereta Tesla Baru, Netizen Tanya Tony Fernandes Mana Duit Refund Tiket AirAsia

Muat Naik Foto Kereta Tesla Baru, Netizen Tanya Tony Fernandes Mana Duit Refund Tiket AirAsia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja AirAsia, pasti semua cukup kenal dengan pemilik, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif-nya , Tan Sri Tony Fernandes.

Bergelar salah seorang individu terkaya di Malaysia, beliau sememangnya cukup disegani dalam hal membabitkan perniagaan dan perusahaan.

Terbaru nama Tony menjadi perbualan hangat netizen gara-gara satu perkongsian di Instagramnya memperlihatkan Bos AirAsia tersebut bersama sebuah kereta barunya iaitu Tesla Model Y.

Dilihat lebih berniat untuk berkongsi betapa efisiennya kereta tersebut yang menggunakan sumber hijau sekaligus dapat melindungi serta memelihara alam sekitar, namun perkongsian Tony ternyata mendapat respon yang berbeza dari netizen.

Ramai dilihat kurang senang dengan perkongsian tersebut yang dilihat seolah-olah Tony sedang meraikan kejayaannya memiliki kereta berkenaan kerana ramai berpendapat l syarikatnya tidak mengendahkan isu pemulangan wang tikey pelangan ekoran dari penerbangan yang terpaksa dibatalkan kerana pandemik.

Bukan itu sahaja ada juga segelintir yang bercerita tentang gaji dan nasib para pekerja AirAsia yang diberhentikan gara-gara wabak maut tersebut.

Tukar kapsyen maklumkan ianya kereta sewa

Selepas diasak bertalu-talu denga komen, Tony dilihat sudah mengubah kapsyennya dengan menjelaskan bahawa kereta tersebut sebenarnya hanyalah kereta sewa yang akan digunakannya untuk dua minggu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.