fbpx
Now Reading
Kes Wanita Bersalin Sendirian di HSI Tak Patut Berlaku Lagi – TMJ

Kes Wanita Bersalin Sendirian di HSI Tak Patut Berlaku Lagi – TMJ

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial satu perkongsian seorang wanita yang mendakwa dia terpaksa bersalin secara bersendirian di dewan bersalin Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru pada 31 Julai lalu.

HSI menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor , Datuk Dr. Aman Rabu kemudiannya mengakui dakwaan wanita yang positif Covid-19 itu adalah benar namun mereka menjelaskan ianya kerana proses bersalin berlaku lebih awal dari jangkaan pihak hospital.

JKNJ kemudiannya memaklumkan akan menjalankan siasatan lebih terperinci mengenai kejadian ini dan mengambil tindakan penambahbaikan yang diperlukan.

Pihak tersentu akan diberikan peringatan dan amaran – TMJ

Perkara tersebut kemudian sampai ke pengetahuan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas seorang pengguna Twitter memaklumkan insiden berkenaan kepada baginda.

Tunku Ismail kemudian menerusi satu maklumbalas menegaskan, akan memberikan amaran dan peringatan kepada pihak terlibat agar keselamatan pesakit terjamin.

Baginda dalam masa sama menekankan insiden tersebut tidak sepatutunya berlaku lagi.

“Saya telah menerima laporan dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor & melihat kenyataan mereka.

“Pihak-pihak tertentu akan diberikan peringatan dan amaran supaya memastikan keselamatan dan keselesaan para pesakit sentiasa dijamin.

“Perkara-perkara yang tidak diinginkan seperti ini tidak patut berlaku lagi” kata TMJ sebagai respon.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.