fbpx

Remaja Maut Tercekik Muntah Sendiri Ketika Main ‘Kamikaze Ride’ Di Taman Tema

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka keterujaan seorang remaja wanita Turki menaiki sebuah permainanan di taman tema berakhir dengan kematiannya selepas dia tersedak muntahnya sendiri sewaktu di atas permainan tersebt.

Zeynep Gunay, 19, ketika kejadian difahamkan sedang menaiki ‘Kamikaze ride’ di sebuah taman tema di Avcilar, Istanbul sebelum dia didapati tidak sedarkan diri.

Permainan yang dinaiki Zeynep yang digelar Kamikaze Ride Foto : Newsflash via NYPost

Menerusi laporan Daily Star, Zeynep difahamkan sudah berada dalam keadaan yang tidak selesa, menyedari perilaku yang sedikit ganjil keluarganya yang berada di bawah kemudian meminta operator untuk menghentikan permainan berkenaan namun ianya tidak diendahkan.

Menurut keluarganya, dia kemudian muntah namun keadaan tersebut menyebabkan saluran pernafasannya ‘tersekat’ menyebabkan mangsa terus tidak sedarkan diri.

Turut tular di media sosial adalah foto Zeynep yang dilihat sedang duduk dengan sabar menanti untuk menaiki permainan itu.

Foto terakhir Zeynep yang tular di media sosial Foto : Newsflash

Keluarganya yang tidak berpuas hati kemudian menyifatkan kematiannya adalah disebabkan kecuaian. Malah mereka mendakwa pekerja taman tema tersebut seolah tidak serius dengan situasi yang dihadapi gadis berkenaan.

Bukan itu sahaja, menurut pakcik Zeynep, Fatih Gunay sebaik permainan diberhentikan mereka terus meluru untuk menyelamatkannya. Namun para pekerja kemudian meminta dia untuk menampar anak buahnya itu beberapa kali sebagai usaha untuk mengejutkannya.

Foto : Newsflash

Enggan bergantung kepada staf dan operator berkenaan yang disifatkan tidak membantu mereka kemudiannya terus menghubungi ambulans. Namun bagai sudah tertulis, Zeynep disahkan sudah meninggal dunia sebaik tiba ke hospital.

Tambah Fatih mereka kini akan melakukan apa sahaja untuk menuntut keadilan buat Zeynep. Namun setakat ini belum dapat dipastikan sama ada mereka sudahpun membuat laporan kepada polis berhubung apa yang terjadi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.