fbpx
Now Reading
Umpama Filem, Dubai Rancang Bina Menara Tergantung Di Langit

Umpama Filem, Dubai Rancang Bina Menara Tergantung Di Langit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan bangunan pencakar langit sudah boleh dilihat dimana sahaja di seluruh dunia, dengan Burj Khalifa yang terletak di Dubai sebagai bangunan tertinggi di dunia.

Namun tahukah anda, jika sebelum ini ramai mengenali Dubai kerana Burj Khalifa kini bandar tersebut bakal membuat satu lagi sejarah apabila merancang membina menara terapung pula.

Bunyi dah macam filem Upside down pula kan?

Dinamakan sebagai Menara Analemma, difahamkan idea mengenai menara ini sudahpun diperkenalkan oleh sebuah firma di New York, Clouds AO, sekitar lima tahun lalu.

Tergantung ? Macam tak logik.

Memandangkan bangunan ini adalah bangunan terapung, pastinya ianya tak menyentuh tanah bukan? Namun adakah ianya boleh direalisasikan kami sendiri tak pasti.

Namun menurut Clouds AO, untuk merealisasikan impian mereka, bangunan tersebut akan digantung dan berpaut pada sebuah asteroid ang terletak di angkasa menggunakan kabel sekaligus menjadikannya terapung.

Persoalannya mana datang Asteroid tersebut?

Difahamkan projek ini akan turut melibatkan NASA. Fungsi NASA adalah untuk menangkap asteroid yang akan digunakan untuk menggantung bangunan berkenaan.

Malah mereka telah menjadualkan misi ‘penangkapan’ asteroid berkenaan pada tahun ini.

Mereka yakin untuk melakukannya kerana Agensi Ruang Angkasa Eropah sebelum ini berjaya mebuktikan keupayaan mereka untuk mendarat di atas permukaan komet yang bergerak pada sekitar 2015.

Akan sentiasa bergerak

Berbalik kepada cerita Analemma Tower tadi, memandangkan bangunan ini sudah tergantung pada asteroid, ianya akan sentiasa bergerak dan difahamkan akan berputar dalam bentuk angka lapan setiap hari sebelum kembali ke tempat asalnya di Dubai.

Apa yang ada didalamnya?

Sama seperti menara-menara cangih lain, Menara Analemma ini akan turut dilengkapi ruangan pejabat, tempat tinggal, dan juga masjid. Bukan itu sahaja ia juga dijangka akan menyediakan satu tempat pemakaman di tingkat yang paling atas.

Jom tengok video di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.