fbpx
Now Reading
Akui Tersalah Isu Jam Rolex, Siti Kasim Mohon Maaf Pada Menteri Agama

Akui Tersalah Isu Jam Rolex, Siti Kasim Mohon Maaf Pada Menteri Agama

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peguam Siti Kasim semalam memohon maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad kerana mendakwanya memakai jam tangan jenama mewah, Rolex.

Siti Kasim atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim membuat permohonan maaf tersebut menerusi satu balasan di ciapan terdahulu Idris yang memaklumkan bahawa jam yang dipakainya bukanlah jam rolex seperti yang didakwa Siti Kasim sebaliknya adalah sebuah jam dari jenama Buruj.

“Minta maaf Ustaz sebab saya memang salah,” ciap Siti Kasim

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat (dengan jam Buruj berkenaan),” jelas Idris.

Idris kemudiannya dilihat memuat naik satu lagi ciapan menjelaskan bahawa dia sudahpun memaafkan Siti Kasim malah turut mendoakan peguam itu diberi kesihatan yang baik dan terlindung dari virus Covid-19

“InsyaAllah saya maafkan. Saya doakan semoga Pn Siti diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan virus covid” ciap Idris.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.