fbpx
Now Reading
Pernah Menjadi Sumber Air Utama, Tasik Aksehir Di Turki Kini Kering Kontang Sehingga Boleh Dilalui Kenderaan

Pernah Menjadi Sumber Air Utama, Tasik Aksehir Di Turki Kini Kering Kontang Sehingga Boleh Dilalui Kenderaan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka sebuah tasik utama di wilayah Konya, Turki yang pernah menjadi sumber air utama untuk beberapa wilayah kini menjadi tandus dan kering kontang.

Lebih mengejutkan  dasar tasik yang berubah kering sepenuhnya turut membolehkan kenderaan lalu diatasnya.

Difahahamkan Tasik Aksehir yang merupakan tasik ke-5 terbesar di Turki dengan keluasan 350 kilometer persegi dan pernah mempunyai kedalaman air sehingga 19 kaki berubah menjadi kering ekoran dari kesan pemanasan global dan penurunan kekerapan hujan sepanjang tahun.

Menurut Profesor Geologi di Universiti Konya, Tahir Nalbantcilar, tasik itu dahulunya merupakan menjadi sumber air penting yang menyokong persekitaran dari segi ekologi dan ekonomi.

Bukan itu sahaja, ia juga pernah menjadi sumber air bagi ekosistem setempat.

“Hari ini, kita dapat melihat situasi menyedihkan yang mana anda boleh berjalan di atas dasar tasik yang pernah menjadi bahagian tasik paling dalam.

“Keadaan itu menyebabkan ratusan nelayan hilang pendapatan dan hanya beberapa haiwan meragut tumbuhan kecil di bahagian tertentu di dasar tasik,” katanya dipetik dari Agensi Be­rita Demiroren (DHA).

Tasik Aksehir dahulunya Foto : Wiki

Tambahnya tasik itu sebelum ini pernah berisiko menjadi kering ekoran dari musim kemarau namun ianya sentiasa dapat dipulihkan.

“Tetapi kali ini, kita dapat melihat kesan perubahan iklim dan pemanasan global di Tasik Aksehir” katanya lagi.

Tasik Aksehir kini Foto : DHA

Namun selain dari pemanasan global, pengairan pertanian yang tidak bertanggungjawab turut menyumbang kepada kejadian tersebut.

“Beberapa kolam air buatan manusia yang diwujudkan untuk tujuan pengairan ke tanah-tanah pertanian milik penduduk dengan benteng yang dibina di tebing sungai telah menyekat sumber air yang mengalir ke tasik ini.

“Sekiranya kerajaan tidak mengubah sistem penggunaan air semasa, mungkin kita perlu mengucapkan selamat tinggal kepada tasik itu buat selama-lamanya,” ujarnya. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.