fbpx
Now Reading
Wanita Bernasib Baik Jumpa Kembali Barang Kemas RM70K Selepas Anak Terbuang Di Tong Sampah [Video]

Wanita Bernasib Baik Jumpa Kembali Barang Kemas RM70K Selepas Anak Terbuang Di Tong Sampah [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Benarlah kata pepatah, ‘kalau sudah rezeki, takkan kemana’. Itu yang sesuai diungkapkan dengan situasi seorang wanita di Sik, Kedah apabila dia berjaya menemui semula sekotak emasnya yang ‘hilang’ di dalam timbunan sampah di depoh pembuangan sampah.

Mula dikongsikan seorang pengguna Facebook, Anuar Rani di grup FB Ipoh Ipoh Ajerr, video sewaktu pencarian barang kemas tersebut nyata menarik perhatian netizen.

Ini kerana barang kemas yang dijumpai bukanlah biasa-biasa sebaliknya dijangkakan sekitar puluhan ribu ringgit.

Menerusi video tersebut dapat dilihat petugas syrikat pembersihan E-Idaman sedang membantu memudahkan proses pencarian dengan memunggah keluar semua sampah yang berada didalam lori sampah tersebut.

Namun tidak lama kemudiannya seorang wanita yang dipercayai anak kepada pemilik emas tersebut terujmpa bekas yang dicari-cari keluarganya disebalik timbunan sampah.

Seorang wanita yang dipercayai pemilik emas tersebut kemudiannya memeriksa kotak berkenaan sebelum dia mengeluarkan isinya yang berisi beberapa utas gelang difahamkan bernilai RM70,000

Video

Dibuang tanpa sengaja oleh ahli keluarga

Menerusi laporan Utusan, difahamkan bekas berisi emas berkenaan pada asalnya telah dibuang tanpa sengaja bersama sampah-sampah lain oleh seorang ahli keluarganya di rumah.

Sebaik menyedari keluarganya tersilap membuang bekas bekernaan wanita tersebut terus memeriksa di dalam tong sampah namun ianya sudah pun dikutip oleh pekerja pembersihan.

Dia kemudian terus ke tapak pelupusan sampah di Kulim untuk mencari barang kemas tersebut namun mendapat tahu sampah-sampah disana sebaliknya berada di depoh di Sik.

“Sebelum ke depoh itu, wanita berkenaan dikatakan pergi ke tapak pelupusan sampah di Kulim untuk mencari barangan kemas miliknya. Namun apabila mendapat tahu sampah-sampah itu belum sampai di Kulim, mereka pergi ke depoh di Sik.

“Mujur kawasan rumah keluarga itu menjadi lokasi terakhir kutipan sampah dilakukan semalam. Disebabkan itu tidak banyak sampah yang perlu dikeluarkan dan proses pencarian hanya mengambil masa kira-kira 30 minit,”  kata sumber dipetik dari Utusan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.