“Macam Tudung Saji”- Peniaga Kesal Netizen Perlekeh Perisai Rotan Tradisional Melayu

Kami yakin semua rakyat Malaysia cukup tahu seni silat adalah seni mempertahankan diri orang melayu dari zaman dahulu.

Bila bercerita tentang silat, antara senjata dan alatan yang sinonim dengannya pastilah keris, tombak, kerambit, tekpi dan banyak lagi. Namun sayangnya semua ini semakin dilupakan malah kurang dimahiri oleh anak muda masa kini.

Kurang mahir pada kami mungkin bukan satu masalah, namun agak melampau jika ada golongan yang memperlekehkan alatan-alatan berkenaan.

Tidak kisah perniagaan disindir tapi kecewa budaya warisan diperlekehkan

Itu yang dibangkitkan seorang peniaga barangan senjata, Keris Empire di akaun Facebook mereka apabila ada netizen yang merendah-rendahkan sebuah alatan yang digunakan seni silat iaitu perisai rotan.

Difahamkan mereka sebelum ini telah memuat naik gambar perisai rotan tradisional di Facebook mereka sebagai usaha mempromosikannya.

Namun sambutan yang diterimanya dari segelintir netizen berbangsa melayu nyata mengecewakan.

Mengakui tidak terkesan atau terkilan dengan cacian segelintir netizen, mereka bagaimanapun kecewa memperlihatkan sikap mereka yang tidak menghargai dan memperlekehkan keunikan seni warisan tersebut

“Sejujurnya Wallahi kami tidak sedikitpun terkilan atau terkesan terhadap sindiran, cacian dan makian yang diberikan terhadap kami.

“Itu memang lumrah asam garam orang berniaga. Cuma kami berasa kasihan terhadap orang-orang Melayu yang memperlekehkan seni warisan bangsa mereka sendiri” tulisnya .

Perjuangan masih panjang

Namun peniaga ini  dia mengakui tidak sedikitpun rasa terkilan dengan cacian itu oleh kerana ia merupakan ujian bagi seseorang yang berniaga.

Dia menerusi perkongsian tersebut turut memuat naik beberapa tangkap layar komen jelik yang diterimanya antaranya menyamakan perisai berkenaan dengan tudung saji.

Masih jauh perjalanan

Dia dalam masa sama turut meningatkan perjalanan mereka dan rakan seperjuangan masih jauh lagi dalam mempertahankan peninggalan seni warisan orang melayu yang semakin dilupakan.

Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian pengikut mereka yang rata-ratanya meminta peniaga Keris Empire untuk terus bersabar dan tidak melayan komen-komen liar sebegitu.

Ada yang berkongsi foto perisai rotan yang disimpan didalam muzium dan ada juga yang berkongsi foto mereka mereka bergambar bersama alatan berkenaan.

Foto: Qayyum Rahman

Sebagai rekod, perisai rotan turut digunakan pasukan keselamatan FRU negara dan Unit Anti Rusuh Singapura suatu masa dahulu. Malah ia masih digunakan Unit Rusuhan di Belanda.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

7 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

7 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

8 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

8 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

9 hours ago