fbpx
Now Reading
JAIS Cadang Wajibkan Kursus Selepas Berkahwin Sebagai Usaha Atasi Kes Penceraian

JAIS Cadang Wajibkan Kursus Selepas Berkahwin Sebagai Usaha Atasi Kes Penceraian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kursus pasca perkahwinan mungkin akan diwajibkan buat pasangan suami isteri yang beragama islam di Selangor.

In difahamkan sebagai salah satu usaha Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) idalam usaha mengukuhkan institusi kekeluargaan sekaligus mengatasi kes penceraian yang tinggi di negeri itu.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nik Suhaila Nik Hussin, cadangan tentang kursus ini masih lagi diperhalusi sebelum dibawa ke peringkat lebih tinggi.

Selain itu cadangan ini juga selaras dengan seruan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar setiap jabatan agama negeri untuk memperkasakan pasca perkahwinan.

Perkara itu dikongsikan Nik Suhaila menerusi satu program bual bicara yang berlangsung di Facebook dan Youtube Media Selangor.

JAIS sudah mempunyai kursus tersebut

Tambah Nik Shuhaila,  JAIS sebenarnya memang sudah mempunyai kursus tersebut, namun kekangan mereka adalah dari segi kos sehingga menyebabkan bilangan peserta berkurangan.

Jelasnya terdapat empat modul yang dilaksanakan mengikut usia perkahwinan dalam membantu pasangan memperkukuhkan rumah tangga.

“Sebenarnya kursus itu merupakan satu cara dalam menyelamatkan rumah tangga dan kita sentiasa konsisten melakukannya setiap tahun dengan modul Jakim namun setakat ini belum diwajibkan.

Ada empat modul mengikut usia perkahwinan

Empat modul tersebut adalah :

1. Fasa bulan madu (usia perkahwinan 1 hingga 5 tahun)
2. Fasa semarak kasih (6 hingga 10 tahun)
3. Fasa sehati sejiwa (11 hingga 20 tahun) dan
4. Fasa Syurga cinta (21 tahun ke atas)

Jelasnya kursus-kurus ini juga untuk mengukuhkan dari segi kewangan, mental dan menguruskan konflik pasangan suami isteri memandangkan mereka kini bukan berangan-angan sebaliknya sudah melalui sendiri alam rumah tangga setiap hari.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan jumlah penceraian tertinggi direkodkan JAIS adalah pada 2019 membabitkan 9,438 pasangan namun mengalami penurunan mendadak iaitu sebanyak 7,683 pasangan pada tahun lalu.

“Walaupun mencatat penurunan ketara pada tahun ini, ia mungkin disebabkan terdapat beberapa kekangan untuk berurusan di mahkamah syariah,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.