fbpx
Now Reading
Wanita Dakwa Tak Pernah Tidur Selama 40 Tahun, Rupanya Cara Tidur Dia Berbeza Dari Biasa

Wanita Dakwa Tak Pernah Tidur Selama 40 Tahun, Rupanya Cara Tidur Dia Berbeza Dari Biasa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mereka yang pernah masalah insomnia sahaja tahu betapa sukarnya untuk melelapkan mata pada waktu malam.

Keadaan ini jika tidak dikawal pasti akan menimbulkan masalah kerana kehidupan dan akivtiti di siang hari anda terjejas.

Namun situasi ini dilihat agak berbeza dengan seorang wanita dari China, yang mendakwa sudah 40 tahun tidak tidur diman kali terakhir dia tidur adalah pada usia 5 atau 6 tahun.

Malah perkara itu turut disahkan oleh suami serta jiran-jirannya di perkampungannya.

Disebabkan kelebihan yang dimilikinya, Li yang berasal daripada sebuah kampung di daerah Zhongmou, Henan sudah diangggap seperti seorang selebriti di sana.

Malahan beberapa tahun lalu, beberapa orang jirannya pernah cuba menguji sejauh mana dia mampu bertahan dengan mengajaknya bermain kad di luar rumah. Namun ramai yang kecundang dan pulang ke rumah sementara Li tetap berjaga.

Menjangkakan yang isterinya mengalami insomnia, suaminya kemudian membelikan Li pil tidur, namun tertanya ianya tetap tidak berkesan. Rawatan bersama beberapa doktor juga tidak menunjukkan sebarang hasil.

Akhirnya selepas beberapa tahun berdepan masalah itu, sekumpulan pakar perubatan di Beijing akhirnya berjaya menemui masalah yang dihadapi wanita itu.

Dengan menggunakan sensor canggih yang berfungsi sebagai pemantau, mereka akhirnya mendapati bahawa dia sebenarnya tidur namun bukan seperti orang lain.

Menurut laporan  Bastille Post, Zhanying tidur dengan matanya tidak tertutup, malah masih boleh berbual dengan suaminya.

Pakar mendakwa kejadian itu sama seperti sleepwalking atau tidur sambil berjalan yang mana badannya masih aktif ketika dia tertidur.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.