fbpx
Now Reading
Bakal Dibuka Kepada Pelancong Dari Seluruh Negara Mulai 16 September, Ini SOP & Garis Panduan Untuk Ke Langkawi

Bakal Dibuka Kepada Pelancong Dari Seluruh Negara Mulai 16 September, Ini SOP & Garis Panduan Untuk Ke Langkawi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin semua sudah cukup tahu yang Pulau Langkawi, Kedah akan kembali dibuka dan boleh dikunjungi pelancong dari seluruh negara mulai 16 September ini.

Ini termasuk negeri Fasa 1 PPN (Pelan Pemulihan Negara) kecuali mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) mulai 16 September nanti.

Perlu lengkap vaksin dan mohon kebenaran PDRM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, namun begitu terdapat beberapa proseduer yang perlu dipatuhi orang ramai yang ingin melancong ke Langkawi antaranya hanya pelancong domestik yang lengkap dua dos vaksinasi dibenarkan selain pengunjung perlu memohon kebenaran Polis Di Raja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.

“Hari ini kementerian mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula destinasi pelancongan pertama negara, Langkawi mulai 16 September ini.

“Antara SOP berkenaan ialah destinasi itu boleh dikunjungi pelancong domestik dari seluruh negara termasuk yang berada dalam Fasa Satu, Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bawah 18 pergerakan adalah bersama penjaga yang lengkap vaksin

Bagi mereka yang berumur berumur bawah 18 pula, sebarang pergerakan adalah bersama penjaga yang lengkap divaksinasi dan tiada had umur untuk kemasukan ke pulau berkenaan.

“Selain itu, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang lengkap divaksinasi,” katanya lagi.

Boleh guna pengangkutan darat dan udara

Terdapat dua cara dibenarkan untuk ke Langkawi iatu menggunakan jalan darat dan juga jalan udara.

Namun bagi jalan darat,  pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri yang akan ke Langkawi. Namun pengecualian diberikan kepada mereka yang dari Kedah dan Perlis.

Bagi pengangkutan udara pula pelancong tidak diwajibkan untuk menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan.

Semak di bawah SOP yang perlu dipatuhi dan senarai aktiviti-aktiviti gelembung pelancogan yang dibenarkan disana.

SOP yang perlu dipatuhi

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.