fbpx
Now Reading
Pesanan Terakhir Jurutera Maut Tumbuk Cermin Masjid Undang Sebak Ramai

Pesanan Terakhir Jurutera Maut Tumbuk Cermin Masjid Undang Sebak Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial berita seorang pemuda berusia 28 tahun yang ditemui meninggal dunia di rumah sewanya ekoran dari keceraaan di pergelangan tangan dan kaki selepas menumbuk pintu kaca sebuah masjid di Taman Scientex, Pasir Gudang sehari sebelumnya.

Menurut pihak polis, Muhammad Sufian bin Said yang juga seorang jurutera kimia difahamkan berada dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat bertemu orang tuanya di Terengganu selama enam bulan.

Hasil bedah siasat kemudiannya mendapati punca kematian arwah adalah disebabkan luka parah di pergelangan tangan kanan saluran darah alteri selain urat tendon terputus.

Seorang adik yang baik

Seorang wanita kemuiannya tampil di Facebook mendakwa yang dia merupakan kakak arwah dan menyifatkanya adiknya sebagai seorang insan, sahabat dan adik yang baik.

Kehilangan arwah pastinya memberikan kesan yang besar kepada keluarga memamdangkan beliau seorang yang begitu mengambil tahu tentang keadaan mereka semua.

Jadikan keluarga sebagai keutamaan

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Perginya seorang pejuang, seorang adik, seorang anak, seorang sahabat yang sangat baik. Sangat memikirkan ummah. Tenanglah adek kesayangan kami semua di sana. Allah lebih menyayangi arwah.

“Perginya 05.09 tarikh yang sama dengan arwah ibu tercinta. Rehatlah, rehatlah dek. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa indahnya memiliki seorang adik yang bernama Muhammad sufian bin mohd said. Indahnya dapat bersama, indahnya dapat berkongsi rasa, tawa, tangis dan segalanya. Indah segala-galanya.

Pesanan akhir arwah, family adalah keutamaan, Allah jangan ditinggalkan

Lebih membuatkan orang sekeliling terkesan adalah pesanan arwah yang kerap kali disebutnya iaitu menjadikan ahli keluarga sebagai satu keutamaan.

“Pesanan akhir arwah, ‘family adalah keutamaan. Allah jangan ditinggalkan’. Semua yang berlaku adalah asbab Allah SWT. Sudah tiba masa, ya Allah kami redha” kata Siti Ayu.

Beliau dalam masa sama turut memohon doa orang ramai untuk kesejahteraan Sufian. Tambahnya lagi jika ada urusan yang belum selesai dengan arwah adiknya bolehlah menghubunginya.

“Saya dan keluarga, mohon doakan arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin dan dpt bertemu dgn kesyangan kami yg lain disana.

“Sekiranya ada urusan yang belum selesai dengan arwah, boleh pm saya. Kakaknya”katanya lagi.

Perkongsian tersebut nyata mengundang sebak ramai kenalan si kakak. Ramai yang turut mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada kakak dan keluarga diatas pemergian arwah.

Arwah selamat dikebumikan di kampung halaman

Difahamkan jenazah Allahyarham Sufian sudah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kuala Berang, Terengganu pada 7 September.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.