fbpx
Now Reading
Pemuda Mohon Buang Video Tular Kekasih Curang Keluar Bersama Lelaki Myvi Biru

Pemuda Mohon Buang Video Tular Kekasih Curang Keluar Bersama Lelaki Myvi Biru

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial satu video  memperlihatkan seorang pemuda ‘menangkap’ seorang gadis yang difahamkan adalah kekasihnya yang keluar secara sorok-sorok bersama seorang lelaki lain.

Mula dimuat naik di TikTok, video berdurasi 32 saat itu, nyata menarik perhatian orang ramai yang kasihankan pemuda berkenaan apabila dia sendiri berjaya memerangkap mereka di hadapan mata.

Menerusi video tersebut, pemuda tersebut yang sudah sedia membuat rakaman kemudian secara perlahan-lahan mendekati pasangan tersebut dipercayai disebuah parkir pusat beli belah.

Kantoi curang depan mata

“Inilah Allah nak tunjuk, kantoi curang depan mata. Akhirnya, ni bukan kali pertama tapi kedua. Kawan siap keluar berdua? Tak rasa bersalah ya mainkan hati orang,” tulis kenyataan dalam video tersebut.

Gadis berkenaan lemudiannya dilihat bertanya siapakah pemuda tersebut tanpa rasa bersalah sehingga membangkitkan kemarahan netizen seolah cuba menyelamatkan diri.

“Bro kita yang gf dia curang mohon korang buang video yang tak sensor muka dan no plat” – Caprice

Terbaru, rapper dan usahawan, Caprice menerusi satu video telah memuat naik satu video memaparkan seorang lelaki yang dikaburkan wajahnya memohon maaf kepada orang ramai dan meminta mereka membuang video tersebut.

Menurut Caprice, pemuda yang kekasihnya curang itu sebelum ini pernah menyertai satu programnya lalu dia merasakan perlu memohon bantuan dari Caprice untuk menghebahkan video berkenaan.

“Salam guys, our brother yang kes gf dia curang whatsapped caprice pagi tadi dan minta tolong semua page2 yang post video tersebut tanpa cover plate number dan muka perempuan tu tolong delete.

“Dia minta caprice tolong upload video ni supaya korang tag page2 yang post video tanpa cover muka dan plate number. Thank you guys ” tulis Caprice

Mohon maaf, minta orang ramai buang video tersebut

Menerusi video tersebut, dia yang mengakui adalah pemuda yang merakam dan memularkan video tersebut memohon jasa orang ramai dan mana-mana page yang ada berkongsi video tersebut tanpa mengkaburkan wajah wanita dan no plat kenderaan berkenaan untuk memadamkannya.

Jelasnya dia sudahpun menyelesaikan isu tersebut dengan mereka dan memohon maaf diatas apa yang terjadi.

“Assalamualaikum, saya pemuda yang menularkan video kes curang Myvi biru tersebut. Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak tolong jangan mengecam lelaki dan perempuan tersebut.

“Kami sudah selesaikan dengan cara yang baik. Saya mohon tolong jangan viral dan buang video tersebut. Saya menyesal atas perbuatan saya telah mengaibkan mereka” kata pemuda itu lagi.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pemuda tersebut yang disifatkan sebagai pemaaf walhal baru sahaja dicurangi. Malah ramai berpendapat dia sememangnya layak mendapat orang yang lebih baik.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.