fbpx
Now Reading
“Saya tak reda, datang jumpa saya minta maaf” – Tampil Perjelas Isu Kuota Untuk VIP, Imam Masjid Putra Selar Individu Sebar Video

“Saya tak reda, datang jumpa saya minta maaf” – Tampil Perjelas Isu Kuota Untuk VIP, Imam Masjid Putra Selar Individu Sebar Video

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Imam Besar Masjid Putrajaya, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim semalam menerusi satu video perkongsian di Facebook meluahkan rasa terkilannya dengan individu yang menyifatkan merakam dan menyebarkan video yang mendakwa seorang kenamaan (VIP) mendapatkan layanan istimewa di Masjid Putrajaya.

“Dia (jemaah) dah lambat, dia tak nak balik, dia duduk depan pagar tu, dia duduk macam tu “Bagilah masuk, bagilah masuk”.

“Eh siapa nak masuk kau ingat apa? Lepas tu ambil gambar, ha itulah perangai orang kita,” katanya di Facebook.

Menyifatkan tindakan tersebut adalah tidak bertanggungjawab seolah sengaja untuk memburukan seseorang serta mempunyai agenda tertentu untuk mencari salah orang lain beliau meminta individu berkenaan untuk tampil memohon maaf kepadanya.

“Saya nak cakap saya tak reda benda tu dan saya doakan supaya orang yang buat ini dapat hidayah Allah tetapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf,” katanya lagi.

Perjelaskan mengenai kuota VIP di sana

Dia dalam masa sama turut memperjelaskan isu kuota VIP di sana yang sebelum ini menjadi persoalan orang ramai. Menurutnya, jumlah kuota solat jumaat di masjid tersebut adalah terhad kepada 300 orang.

Dari jumlah tersebut 90% adalah untuk orang awam, manakala 10% (30 orang) lagi adalah untuk golongan VIP.

Kuota berkenaan diberikan memandangkan masjid tersebut adalah masjid kerajaan bahkan ianya terletak bersebelahan bangunan Jabatan Perdana Menteri.

Kerana jadual VIP yang sibuk

“Kuota 10 peratus itu diberikan adalah kerana masjid terbabit adalah masjid kerajaan, malah dibina bersebelahan dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri.

“Jangan marah saya, itu ketetapan, kita nak beri peluang kepada VIP, untuk penuhkan kuota 30 orang, (berjawatan) pengarah dan ke atas kerana mereka ini sibuk, mereka ini kadang kala keluar lambat ada meeting pada hari jumaat” katanya lagi.

Tambahnya lagi, mereka(VIP) yang inginkan kuota VIP tersebut bagaimanapun perlu memberikan nama mereka terlebih dahulu dipercayai kerana slot yang terlalu sedikit.

“Sudah ada nama dah pun, itu untuk dia (VIP), itu hak dia, yang lebihnya (270) untuk jemaah lain. Tapi dah dia lambat, dia tak nak balik,” tambahnya lagi.

Video berkenaan kemudiannya dikongsikan beberapa pengguna Twitter hingga turut tular di sana.

Terdahulu, tular satu video memaparkan sekumpulan lelaki tidak dibenarkan memasuki kawasan sebuah masjid untuk menunaikan solat Jumaat dipercayai kerana sudah melebih had kuota yang dibenarkan.

Namun tidak lama kemudiannya seorang individu yang dipercayai VVIP yang baru sahaja tiba di masjid itu dengan menaiki kenderaan mewah dibenarkan masuk untuk menunaikan solat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.