Tular Pesakit Dakwa ‘Diculik’ & Dipaksa Masuk ICU & Tidak Diberi Makan, Ini Respon KKM

Sejak semalam, media sosial hangat memepratakan mengenai satu video dimana seorang pesakit Covid-19 mendakwa dia diculik dan dipaksa menjalani rawatan di wad ICU di Hospital Pulau Pinang walaupun keadaan kesihatannya stabil. 

Video tersebut yang memparakan perbualan secara langsung antara pengendali laman FB Gerakan Post-Mortem COVID-19 (GPMC), Kabul Idris dan pesakit tersebut yang dikenali dengan nama Affendy mencuri tumpuan ramai apabila Affendy mendakwa dia dipaksa’ tinggal sedangkan keadaannya sihat.

Menerusi perbualan tersebut dia mendakwa kehadirannya ke hospital itu sebelum ini adalah untuk melakukan saringan namun dia kemudiannya dipaksa untujk masuk ke dalam ICU dengan pihak hospital mengatakan kadar oksigen dirinya rendah. 

Tidak bersetuju dengan perkara itu, dia kemudian telah menghubungi pihak GPMC untuk meminta bantuan agar dapat keluar daripada hospital.

Perbualan tersebut kemudiannya menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai kerana dakwaan tersebut seolah sengaja menimbulkan syak wasangka terhadap KKM selain akan mengelirukan orang awam.

Malah ramai mengesyorkan dia memohon borang ‘At Own Risk Discharge’ (AOR) sekiranya benar dia mahu keluar dari sana.

Rupanya pesakit tahap 4 dan sedang mengalami penuruna oksigen yang kritikal

Peka dengan isu tular tersebut, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Dr. Ma’arof Sudin, kemudiannya tampil menjelaskan apa yang terjadi.

Menurut Dr Maa’rof, lelaki itu sebenarnya seorang pesakit Covid-19 tahap empat dan dia sedang mengalami penurunan tahap oksigen yang sangat membimbangkan.

Keadaan kesihataannya itu menyebabkan dia pihak hospital terus memasukkan kedalam  Unit Rawatan rap (ICU).

“Pemeriksaan awal menunjukkan pesakit mengalami penurunan tahap oksigen yang sangat membimbangkan dan rawatan terapi oksigen telah dimulakan.

“Namun, pemeriksaan lanjut mendapati keadaan pesakit semakin kritikal sehingga kadar oksigen dalam darahnya hanya boleh distabilkan dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan iaitu ventilator,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.

Nafi dakwaan tidak diberi makan

Selain itu beliau turut menafikan dakwaan bahawa pesakit tidak diberikan makanan ketika berada di ICU sebaliknya beliau diberi makanan berbentuk cecair bagi memudahkan penghadaman dan mengelakkan berlakunya komplikasi.

“Untuk makluman, pesakit di ICU diberi makanan berbentuk cecair seperti susu bagi memudahkan penghadaman dan mengelakkan berlakunya komplikasi.

“Pihak hospital sentiasa prihatin dan meneruskan pemantauan terhadap pesakit tersebut dan akan berhubung untuk memberi maklumat berkala dengan ahli keluarga pesakit” latanya lagi.

Sudah maklumkan keadaan kepada pesakit dan keluarga

Tambah beliau pasukan perubatan disana juga telah memaklumkan kepada lelaki tersebut dan ahli keluarganya mengenai keadaan pesakit yang sebeanarnya berada pada tahap kritikal.

“Pihak hospital juga telah berulang kali menjelaskan kepada pesakit serta ahli keluarga mengenai risiko yang boleh membahayakan dirinya jika dia tidak membenarkan rawatan dijalankan.

“Namun pesakit masih tidak bersetuju dengan rawatan yang disyorkan dan memohon untuk dibenarkan pulang atas risiko sendiri,” katanya.

Meskipun enggan menerima rawatan terapi oksigen dan alat bantuan pernafasan, pihak hospital masih memantau dan menempatkan pesakit di ICU ekoran dari keadaannya yang kritikal.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago