fbpx

“Bila masa pula saya anak dia?” – Cik B Dedah Rasa ‘Cringe’ Dengan Kenyataan Iqbal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan kisah percintaan antara usahahawan terkena, Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli antara topik paling hangat di media sosial kebelakangan ini.

Ianya menjadi lebih panas apabila anak perempuan Vida, Cik B atau nama betulnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin dilihat sudah memberikan petunjuk yang dia sememangnya tidak merestui hubungan berkenaan.

Dia yang ditemuramah Melodi mendedahkan tidak bersetuju dengan keputusan ibunya untuk berkahwin lagi kerana faktor usia diantara mereka.

“Saya deep down saya sangat kurang setuju. Mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25. Macam mana abang Iqbal umur 25 suka orang tua. Mesti ada sebab. Macam saya memang sangat tak setuju mama dia nak anak lagi. Cukuplah saya dengan Kacak. Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta buta.

“Ya betul disebabkan faktor usia saya tidak merestui. Dan kalau mama dijodohkan dengan orang yang tua, sepadan umur, tak kisah what gonna be happen sebab mama tak suka orang tua. Mama memang suka orang muda juga,” katanya.

Namun semua itu tidak menghalang Dato Vida dan Iqbal yang bertemu sewaktu kejutan sambutan hari jadi lelaki berkenaan yang diaturkan pembantu Vida.

Apa yang mencuri tumpuan orang ramai adalah kenyataan Iqbal pada majlist tersebut yang berjanji akan menjaga anak-anak Vida sehinga mereka berjaya.

“Saya akan jaga, anak kita. Cik B Kacak, sampai bila-bila. Sampai mereka besar. Sampai mereka berjaya.” kata Iqbal dipetik dari vide

@era.ariana

JANJI IQBAL PADA DATO SRI VIDA❤️#fyp #fyp #foryourpage #datosrivida #tiktok #viral

♬ bunyi asal – eraariana_

“Saya rasa Euwwwww”

Mungkin sampai ke pengetahuan selepas ditanyanak netizen, Cik B, kemudian berkongsi pendapatnya yang nyata mengejutkan orang ramai.

Dia secara spontan mendedahkan merasa ‘cringe’ atau ngeri dengan kenyataan yang dikeluarkan Iqbal selain membahan ayat yang digunakannya.

“Rasa cringe.. “Saya akan jaga anak-anak kita, Cik B dan Kacak” sambil mengajuk ayt Iqbal sebelum mengetuk meja sambil berkata : “Bila masa pula saya anak dia?”

“Macamtu. Saya rasa Euwww”

Video tersebut turut dikongsikan Dato Vida di ruangan IG Storynya.

Perkongsian tersebut nyata mencuri perhatian netizen yang menyifatkan Cik B seorang yang ‘jujur’ dan tidak berselindung.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.