fbpx
Now Reading
Isu Solat Jumaat, Imam Besar Masjid Putrajaya Tampil Mohon Maaf [Video]

Isu Solat Jumaat, Imam Besar Masjid Putrajaya Tampil Mohon Maaf [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas beberapa hari hangat mengenai isu layanan VIP di Masjid Putra, Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim sebentar tadi tampil memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai ekoran dari reaksinya terhadap video yang tular tempoh hari.

Beliau yang tampil menerusi satu video yang dikongsikan akaun Facebook rasmi Masjid Putra memohon maaf ekoran dari video penjelasannya mengenai isu layanan dua darjat bagi solat Jumaat di masjid tersebut yang disifatkannya agak keterlaluan.

Beliau dalam masa sama turut berjanji akan memperbaiki keadaan, terutamanya mengenai pelaksanaan SOP di masjid berkenaan.

“Saya Ustaz Ikmal Zaidi Hashim, Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya dengan ingin memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam yang mengetahui kes ini secara jauh dan dekat di atas reaksi saya yang dilihat agak keterlaluan berhubung dengan video yang tular di media massa dan media sosial di seluruh negara pada hari Jumaat yang lalu.

“Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf di atas segala keterlanjuran tersebut dan berazam serta berjanji akan memperbaiki keadaan, terutama berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard SOP di Masjid Putra, Putrajaya ” kata beliau.

Beliau dalam masa sama turut mengajak orang ramai untuk terus mengimarahkan aktiviti masjid baik solat jumaat, solat fardhu mahupun program yang dianjurkan pengurusan.

“Untuk itu saya mengajak semua khasnya jemaah Masjid Putra untuk kita teruskan aktiviti pengimarahan, sama ada solat Jumaat mahupun solat fardhu serta program-program yang kami anjurkan,” katanya dalam video itu lagi.

Terdahulu penjelasan Ustaz Ikmal dan permintaaannya agar individu yang menularkan video tular mengenai layanan dua darjat di masjid tersebut itu untuk tampil memohon maaf mengundang pelbagai reaksi dari netizen dimana ada yang menyifaktan ayat yang digunakan beliau Putra tidak sesuai dan kelihatan angkuh.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.