fbpx
Now Reading
‘Mileage’ Hanya 17,000 KM & Kondisi Seperti Baru! Mat Saleh Teruja Jumpa Proton Iswara 1994 Dalam Bangsal

‘Mileage’ Hanya 17,000 KM & Kondisi Seperti Baru! Mat Saleh Teruja Jumpa Proton Iswara 1994 Dalam Bangsal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat baru-baru ini tular kisah sebuah Proton Saga Black Night yang memenangi satu pertandingan kereta klasik di United Kingdom (UK) iaitu Concours de l’Ordinaire di Hagerty Festival of the Unexceptional 2021.

Meskipun sudah berusia 32 tahun, ianya masih lagi terjaga malah disayangi oleh pemilik terbarunya, Jon Coupland walaupun sudah beberapa kali bertukar tangan.

Yang pastinya kemenangan kereta Black Night tersebut telah menarik minat peminat-peminat kereta klasik di negara tersebut terhadap model-model lama Proton.

Baca artikel berkaitan : Proton Saga Black Night Juarai Pertandingan Kereta Klasik Di UK

Terbaharu pemilik saluran YouTube Furious Driving, Matt Richardson telah memuat naik satu video di mana dia telah menemui sebuah Proton Saga 1994 (dikenali sebagai Iswara di Malaysia) milik sebuah keluarga yang sudah tersimpan dan terbiar di dalam sebuah bangsal lebih dari 10 tahun.

Namun apa yang mencuri tumpuan adalah kondisinya yang begitu sempurna dan boleh dikatakan seperti baru. Malah meter perbatuannya (mileage) juga hanya mencatatkan jarak perjalanan sejauh 17,259km.

Difahamkan kehadiran Matt ke sana adalah mewakili seorang lagi YouTuber, Stephanie Holloway dari saluran YouTube Idriveaclassic, yang berminat membeli kereta tersebut setelah ditawarkan oleh keluarga berkenaan.

Bangsal tanpa lampu sebarang cahaya

Menerusi video tersebut, bangsal yang menyimpan kereta berkenaan difahamkan tidak mempunyai sebarang lampu malahan tiada akses untuk cahaya dan kereta ini sudah disimpan di dalamnya sejak kali terakhir dipandu pada tahun 2010.

Mungkin disebabkan tiada pencahayaan, bahagian wiper kereta tersebut kelihatan seperti baru malahan bentuknya juga sempurna dan masih lembut.

Video 1

Brek tak melekat & tayar langsung tak kempis

Menerusi video tersebut, boleh dikatakan semua bahagian luarannya termasuk panel, cat badan, dan unit-unit lampu juga masih kelihatan seperti baru! Boleh dikatakan langsung tidak menyamai usianya yang sudah mencecah 27 tahun.

Bahkan kesemua tayarnya juga masih berisi angin dan langsung tidak kempis selain brek yang tidak melekat sewaktu dibawa keluar.

Menerusi video sama, kereta tersebut sewaktu ditemui berada di dalam lapisan perlindungan menyebabkan ia langsung tidak berkarat.

Enjin sempurna tiada kebocoran

Matt dan rakannya yang memeriksa bahagian enjin kemudian dilihat kagum apabila ianya masih lagi sempurna selain tiada kebocoran minyak,

Malah minyak enjin juga sangat bersih seolah-olah baru ditukar.

Steph yang tiba untuk melihat kereta berkenaan kemudian meluahkan rasa terujanya apabila kereta itu berjaya dihidupkan hanya dengan satu putaran kunci sebaik baterinya ditukar.

“Semua orang Malaysia kini tengah cemburu dengan saya,” kata Steph di akhir video, sebaik mengetahui keadaan kereta berkenaan yang disifatkannya sebagai sempurna.

Video 2

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.