fbpx
Now Reading
Jadi Platform Ketengahkan Bakat Rapper Tempatan, Snoop Dogg Puji Siri 16 Baris

Jadi Platform Ketengahkan Bakat Rapper Tempatan, Snoop Dogg Puji Siri 16 Baris

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat muzik rap dan hiphop pasti cukup kenal dengan rapper terkenal dunia Snoop Dogg. Banyak menghasilkan karya hebat, Snoop Dogg atau nama betulnya Calvin  Cordozar Broadus Jr. kini sangat disanjungi peminatnya di seluruh dunia.

Terbaru, Snopp Dogg menjadi perhatian netizen tempatan apabila dia memuji rancangan 16 Baris, rancangan hiburan yang mengetengahkan penyanyi rap dan hip-hop undeground di seluruh Asia Tenggara.

Rapper tersebut menerusi IG Story berkongsi kepada orang ramai yang dia sedang menonton rancangan 16 Baris dan memuji usaha siri tersebut mengetengahkan rapper-rapper underground dari Asia Tenggara.

Turut letak link

Dia menerusi perkongsian tersebut turut meletakkan pautan Youtube mengajak orang ramai menonton salah satu siri 16 Baris iaitu Season 2, Episod 15 yang menampilkan penyanyi Bunga, Noki dan Wo Shi Jay.

Perkongsian rapper antarabangsa tersebut pastinya menggembirakan pemuzik tempatan khususnya Joe Flizzow

Joe dalam masa sama turut berkongsi foto dia bersama Snoop Doog semasa satu panggilan Zoom menerusi akaun Instagramnya.

Dengan perkongsian-perkonggsian sebegini, tidak mustahil ada projek atau kolaborasi terbaru diantara mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.