Siri iPhone 13 Diumumkan : Cip A15 Bionic, Super Retina XDR, Harga Bermula Dari RM3,399

Apple awal pagi tadi elah melancarkan siri telefon pintar terbaharu iaitu iPhone 13 yang terdiri iPhone 13 miniiPhone 13iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.

Semua model ini dijana cip Apple A15 Bionic yang prestasinya 50% lebih panas berbanding cip terdahulu dan turut menyokong rangkaian 5G.

iPhone 13 & iPhone 13 mini

Menurut Apple, bateri iphone 13 dan iphone 13 mini kali ini adalah lebih besar sekaligus meninggkatkan keupayaannya untuk bertahan :

1. 2.5 jam lebih lama dari model iPhone 12 bagi iphone 13
2. 1.5 jam lebih lama dari model iphone 12 mini bagi iphone 12 mini

Model- model ini juga bakal menyokong pengecasan magnetik MagSafe.

Sistem kamera juga dipertingkatkan di mana model iPhone 13 dan iPhone 13 Mini kin memiliki teknologi yang ada pada model flagship terdahulu, iPhone 12 Pro Max.

Kedua-dua model dilengkapi paparan OLED Super Retina XDR yang boleh menjana keterangan sehingga 1,200 nits serta gamut warna HDR10 Dolby Vision dan P3 wide colour

Dari segi saiz pula, iphone 13 ialah Phone 13 mempunyai saiz skrin 6.1 inci, manakala skrin iPhone 13 mini pula berukuran 5.4 inci dan kedua-duanya dilindungi dengan teknologi Ceramic Shield.

Storan iPhone 13 bermula dari 128GB, 256GB dan 512GB.

Iphone 13 Pro & Iphone 13 Pro Max

Turut dijana cip Apple A15 Bionic, kedua model flagship ini dilengkapi GPU lima teras untuk prestasi gaming yang lebih pantas selain fungsi kamera yang lebih teliti. 

Menggunakan skrin sama iaitu Super Retina XDR, ia turut menggunakan teknologi ProMotion yang menyokong kadar segar (fresh rate)sehingga 120Hz.

Dari segi saiz, skrin iPhone 13 Pro berukuran 6.1 inci, manakala iPhone 13 Pro Max pula berukuran 6.7 inci.

Kamera iPhone 13 Pro telah dipertingkat di mana ia kini menggunakan lensa Telephoto 77mm, ultra lebar dan lensa lebar terbaru. Selain itu kesemua kamera utamanya menyokong ciri mod Malam.

Kamera iPhone 13 Pro pula kini menyokong ciri macrophotography, Ini sekaligus membolehkan kamera iPhone 13 Pro rapat kepada subjek sehingga 2cm.

Dari segi keupayaaan bateri Apple mengatakan :

1. 1.5 jam lebih lama berbanding iPhone 12 Pro, bagi iPhone 13 Pro
2. 2.5 jam lebih lama berbanding iPhone 12 Pro Max bagi iPhone 13 Pro Max.

Apple perkenal Cinematic mode

Apple kini turut memperenalkan satu ciri terbaru bagi rakaman video yang dikenali sebagai Cinematic mode.

Cinematic mode akan memudahkan pengguna iPhone mengubah fokus mereka secara automatik ketika rakaman video dibuat serta menyokong rakaman audio Dolby Vision HDR.

Storan iPhone 13 Pro Dan iPhone 13 Pro Max bermula dari 128GB, 256GB, 512GB dan 1T

Harga semua varian iPhone 13

Di bawah adalah senarai harga untuk siri iPhone 13:

1. iPhone 13 mini (128GB): RM3,399
2. iPhone 13 mini (256GB): RM3,899
3. iPhone 13 mini (512GB): RM4,799
4. iPhone 13 (128GB): RM3,899
5. iPhone 13 (256GB): RM4,399
6. iPhone 13 (512GB): RM5,299
7. iPhone 13 Pro (128GB): RM4,899
8. iPhone 13 Pro (256GB): RM5,399
9. iPhone 13 Pro (512GB): RM6,299
10. iPhone 13 Pro (1TB) : RM7,199
11. iPhone 13 Pro Max (128GB): RM5,299
12. iPhone 13 Pro Max (256GB): RM5,799
13. iPhone 13 Pro Max (512GB): RM6,699
14. iPhone 13 Pro Max (1TB) : RM7,599

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

5 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

5 hours ago