fbpx
Now Reading
Lebih 1,700 Golongan LGBT Di Malaysia Dihantar Ke Kem Pemulihan Akhlak

Lebih 1,700 Golongan LGBT Di Malaysia Dihantar Ke Kem Pemulihan Akhlak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan Malaysia difahamkan telah menghantar sejumlah 1,733 golongan lesbian, gay, bisesksual dan transgender (LGBT) yang terdiri dari kalangan rakyat Malaysia ke kem pemulihan dibawah kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),

Menurut laporan The Malaysia Insight, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata program tersebut yang dikenali sebagai Mukhayyam merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia dalam memulihkan gaya hidup dan ‘orientasi seksual’ mereka yang berada di dalam kelompok LGBT.

Ianya dinyatakan beliau dalam satu jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kapar, Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid, yang mengajukan soalan mengenai kaedah yang sedang dilakukan kerajaan dalam menangani masyarakat LGBT di Malaysia.

“Kerajaan serius dengan isu membabitkan golongan LGBT di negara ini kerana Malaysia adalah negara yang menganut agama Islam.” kata beliau.

Foto : Advocate

Difahamkan mereka yang menyertai kem tesebut akan diajar mendalami ilmu agama, kesihatan, bahaya HIV dan AIDS oleh JAKIM.

Selain JAKIM, program tersebut turut mendapat kerjasama dari beberapa lagi agensi kerajaan antaranya jabatan agama Islam negeri, KKM, Majlis agama negeri dan pihak Zakat.

“Mana-mana individu yang melanggar undang-undang harus dikenakan tindakan. Namun, dalam masa yang sama, mereka harus dibimbing dan diberi perhatian agar dapat kembali ke jalan yang benar.” kata beliau lagi.

Terdahulu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, tindakan tegas secara bersepadu bagi menangani isu penghinaan agama secara umum dan promosi gaya LGBT khususnya di media sosial akan dilaksanakan dengan segera.

Tindakan tersebut antara lain ialah mengenal pasti kekangan yang dihadapi pihak penguat kuasa dalam melaksanakan penguatkuasaan bersepadu serta mencadangkan pindaan Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) dan undang-undang tatacara jenayah syariah di negeri-negeri, lapor Awani.

Beliau turut mendakwa kumpulan aktivis LGBT bersikap dwistandard kerana hanya memperjuangkan isu secara terpilih yang menguntungkan pihak mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.