fbpx
Now Reading
Gadis Rakam Pemuda Tak Dikenali & Kongsi Videonya Di TikTok, Sekali Si ‘GF’ Muncul Beri Teguran

Gadis Rakam Pemuda Tak Dikenali & Kongsi Videonya Di TikTok, Sekali Si ‘GF’ Muncul Beri Teguran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[Terkini] :Kami berjaya menghubungi si gadis dan beliau memaklumkan ia hanyalah satu salah faham. Video tersebut hanyalah mengenai songkok lelaki terbabit yang tertinggal dan bukan mengenai ‘jodoh’ seperti yang didakwa segelintir netizen.

Rujuk artikel dan video asal di bawah:

Artikel penuh di sini : “Rakam Pasal Songkok” – Dikecam Kerana Kongsi Video Lelaki Tak Dikenali Di TikTok, Gadis Ini Tampil Perjelaskan Apa Yang Terjadi

Ramai pasti bersetuju kebelakangan ini sudah menjadi satu trend melihat pengguna media sosial merakam video atau foto seseorang individu yang tidak dikenali dan memuat naik klip berkenaan ke akaun media sosial dengan mengaitkan perkongsian berkenaan dengan jodoh.

Trend tersebut bukan sahaja popular di Instagram malahan di Youtube Shorts dan juga TikTok.

Terbaru satu video sama turut tular di TikTok apabila seorang gadis didakwa merakam dan memuat naik video seorang lelaki yang tidak dikenalinya di TikTok mungkin kerana tertarik dengan lelaki tersebut atau sekadar untuk bergurau.

Namun siapa sangka, pemuda berkenaan sebenarnya sudah berpunya, dan lebih lagi memburukkan keadaan, video berkenaan sampai ke pengetahuan teman wanitanya.

Mungkin tidak berkenan dan geram dengan tindakan si gadis, teman wanita kepada pemuda tersebut kemudiannya memuat naik satu video ‘stich’ membalas video asal yang dimuat naik gadis tersebut.

Tunggu, itu teman lelaki saya

Tegur guna lagu tanpa marah-marah

Langsung tidak melepaskan kemarahannya, dia bagaimanapun dilihat memerli gadis tersebut secara halus dengan menggunakan lagu dan menjelaskan bahawa dia adalah teman wanita kepada pemuda tersebut.

Siap kongsi foto berdua bersama pemuda tersebut

Malah dia turut berkongsi sekeping foto dirinya bersama jejaka berkenaan sebagai membuktikan kenyataannya adalah benar.

Perkongsian tersebut nyata mendapat pelbagai respon dari netizen. Ada juga yang merasakan ia bukanlah satu isu besar dan normal kerana hubungan tersebut hanyalah sekadar bercinta dan belum pun berkahwin.

Namun ramai yang dilihat bersetuju dengan tindakannya menegur gadis tersebut kerana merakam video orang tidak dikenali sesuka hati. Malah ramai yang turut memerli tindakannya seolah terhegeh-hegeh dan terlalu mengikut trend.

Ada juga yang berpendapat perkongsian tersebut mungkin boleh dijadikan peringatan kepada orang lain untuk tidak membiasakan trend-trend sebegini walaupun niat mereka hanyalah untuk bergurau.

Sudah buang video tersebut

Usaha kami untuk menghubungi gadis ini juga gagal namun difahamkan video asal tersebut sudahpun dibuangnya selepas isu tersebut mula tular di laman TikTok.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.