fbpx
Now Reading
Tular Video Pesakit Covid-19 Ingin Masuk Islam, Minta Diajar Syahahah

Tular Video Pesakit Covid-19 Ingin Masuk Islam, Minta Diajar Syahahah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular dimedia sosial kisah seorang wanita warga emas yang sedang menerima rawatan akibat jangkitan Covid-19 dikatakan mahu memeluk agama Islam.

Dikongsikan Ustaz Mohd Taufik Tee Abdullah di akaun Facebookbya, wanita berbangsa cina tersebut difahamkan meluahkan hajatnya itu sebelum ditidurkan.

“Sebelum ditidurkan aunty (mak cik) ini minta disyahadahkan dua kalimah,” tulisnya dalam kapsyen hantaran tersebut malam ini.

Menerusi video tersebut, wanita itu dilihgat berjaya melafazkan kalimah suci itu dengan lancar tanpa menghadapi masalah.

Semakin sihat dan tidak ditidurkan

Namun menurut kemaskini Ustaz Firdaus Wong Wai Hung di akaun Facebooknya, maklumat terbaru yang diterimanya memaklumkan warga emas tersebut tidak ditidurkan malah semakin beransur sihat.

Tambahnya lagi, tiada sebarang paksaan dibuat sewaktu pesakit tersebut ingin memeluk Islam dan ia dilakukan dengan kerelaan hatinya.

Beliau dalam masa sama turut  beharap agar tidak timbul sebarang isu berkaitan proses tersebut dan tidak mempolemikkan ia dengan agama Islam.

“Maklumat baru yang kami terima adalah aunty ini tidak ditidurkan dan dia semakin beransur sihat. Salah seorang anaknya juga telah lebih awal memeluk Islam. Kejadian ini dikatakan berlaku di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

“Tiada paksaan dalam memeluk Islam dan dilakukan dengan kerelaan dirinya.Jangan ada sesiapa yang cuba mempolemikkan isu ini khususnya para Islamophobic & liberal. Jangan nak mempolemikkan dengan cuba menuduh kerja jururawat atau doktor bukan mengIslamkan tetapi merawat.

“Para jururawat & doktor yang terlibat membantu aunty ini memeluk Islam, tidak usah gentar dan takut kepada mereka. Kami di Multiracial Reverted Muslims – MRM akan membantu anda jikalau mereka cuba mempolemikkan isu ini.

“Ibu tidak pernah ditidurkan, ini niat ibu sebelum disahkan Covid stage-5”

Menurut laporan Kosmo, seorang wanita yang mengaku menantu kepada warga emas tersebut turut mengesahkan yang ibunya tidak tidurkan meskipun doktor menjelaskan dia dalam keadaan kritikal.

Dia turut berterima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakan ibu mertuanya dan tambahhnya beliau kini beransur pulih meskipun sebelum ini disahkan berada dalam fasa kritikal oleh doktor.

“Ini adalah niat ibu mertua sebelum disahkan menghidap Covid-19 tahap 5. Alhamdulillah dengan bantuan Biro Agama Hospital Duchess of Kent niat untuk memeluk Islam dipermudahkan.

“Terima kasih yang mendoakan semoga Allah melindungi kalian semua,” tulisnya dipetik dari Kosmo.

Foto Via Kosmo

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.