fbpx
Now Reading
Lelaki Nekad Nak Jual Kambing Selepas Lihat Haiwan Ternakannya Berjalan Guna 2 Kaki [Video]

Lelaki Nekad Nak Jual Kambing Selepas Lihat Haiwan Ternakannya Berjalan Guna 2 Kaki [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui terdapat pelbagai kejadian aneh serta pelik yang sebenarnya berlaku di persekitaran kita baik ianya disedari atau pun tidak.

Ia mungkin tidak menimbulkan masalah jika kejadian sebegini tidak menjejaskan keberanian namun bagaimana jika sebaliknya?

Itu yang terjadi pada seorang lelaki, Alexandre Souza dari Brazil apabila mendapati seekor kambing ternakannya boleh berjalan hanya dengan menggunakan dua kaki. Lebih menakutkan caranya berjalan juga adalah seperti seorang manusia.

Menerusi Facebooknya, Alexandre berkongsi satu video yang pastinya membuatkan anda dan kami sendiri merasa seram sejuk.

Nekad mahu jual kerana saksikan insiden pelik berkenaan

Diatas sebab itu jugalah, dia kini nekad untuk menjual kambing berkenaan kepada sesiapa yang mahukannya dengan harga R$20,000 atau bersamaan RM15,585.

‘Saya mahu menjual kambing pada harga R$2000 (RM1,584.98).’ tulisnya sebagai kapsyen.

Menerusi video tersebut, kambing itu dilihat berjalan perhalan-perlahan sambil diekori seekor ayam. Ia trus melangkah hinggalah masuk kedalam sebuah bangsal kecil.

“Mahu jauhkan dia dari saya”

Alexadra menerusi ruangan kapsyennya lagi turut memaklumkan alasannya ingin menjual kambing berkenaan adalah suapaya ia boleh jauh dari dirinya.

“Alasan : “Tiada alasan tapi saya mahu jauhkan dia dari saya” katanya lagi.

Namun setakat ini tiada pengesahan sama ada dia adalalah pemilik asal haiwan berkenaan atau sekadar berkongsikan video itu sahaja.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.