fbpx
Now Reading
Sudah Boleh Dikemaskini, Ini Antara Ciri Baharu Yang Ada Pada iOS 15

Sudah Boleh Dikemaskini, Ini Antara Ciri Baharu Yang Ada Pada iOS 15

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas beberapa hari menanti, pengguna iPhone tempatan pada awal pagi tadi sudah mula menerima kemas kini sistem operasi terbaharu Apple, iaitu iOS 15.

Seperti biasa, setiap iOS baharu pasti hadir dengan ciri-ciri baharu bukan? Namun iOS terbaru ini tidak banyak perubahan ketara dari segi interfacenya namun masih ada bebera penambahan yang agak menarik.

Jom lihat senarainya di bawah :

Focus

Antara ciri yang kami rasa menarik pastinya sokongan “Focus”, yang membolehkan anda memfokuskan kepada sesuatu perkara sekaligus menerima notifikasi yang bersesuaian pada halaman utama apabila ianya diaktifkan.

Sebagai contoh anda boleh setkan work sekiranya sedang bekerja justeru hanya notifikasi yang bersesesuai dengan kerja sahaja yang akan muncul di halaman utama.

Antara 3 mode yang utama secara default ialah “personal”“work” dan “sleep” , Namun anda boleh menambahkan senarai lain seperti game, sosial dan apa sahaja yang anda mahukan.

Penambahan fungsi Facetime

Boleh bersembang dengan pengguna selain iPhone

FaceTime juga turut ditambahbaik dengan sejumlah ciri baharu, termasuk kebolehan anda bersembang dengan mereka yang menggunakan peranti selain iPhone.

Hanya dengan mencipta pautan, anda kemudian hanya perlu berkongsikan pautannya kepada kenalan anda untuk ber ‘facetime’

Facetime share play

Fungsi ini setakat ini masih belum lagi muncul dalam versi pertama iOS 15.0. Namun ia dijangka akan dikeluarkan secara berperingkat kepada pengguna iOS dikemudian hari.

Apa fungsinya ? Dengan fungsi share play anda kini dapat menonton filem atau siri drama bersama kenalan yang berjauhan. Bunyi menarik bukan? Namun sebaiknya kita tunggu dan kupas mengenai selepas ia mula dikeluarkan secara rasmi kepada orang ramai kelak

Live Text

Fungsi live text juga tidak kurang hebatnya. Anda bukan sahaja boleh boleh menyalin teks daripada gambar di Photos, malah anda juga kini boleh menggunakan aplikasi kamera untuk menyalin teks terus secara langsung (live) yang ada di hadapan anda, menterjemah serta membuat carian di internet.

Selain itu jika ada terdapat nombor telefon, anda boleh membuat panggilan hanya dengan menekan pada nombor yang terpapar.

Sekadar peringatan fungis ini hanya untuk untuk peranti yang hadir dengan pemproses Apple A12 Bionic dan keatas.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.