fbpx
Now Reading
Berang Rambut Anak Dipotong Tanpa Izin, Bapa Nekad Saman Sekolah RM4.1 Juta

Berang Rambut Anak Dipotong Tanpa Izin, Bapa Nekad Saman Sekolah RM4.1 Juta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berang rambut anak perempuannya dipotong disekolah tanpa kebenarannya, seorang bapa bertindak mengambil tindakan undang-undang keatas beberapa staf sebuah sekolah di Michigan, Amerika Syarikat (AS).

Si bapa, Jimmy Hoffmeyer mengemukakan tuntutan ganti rugi berjumlah AS$1 juta (RM4.1 juta) terhadap Mount Pleasant Public Schools, serta dua kakitangannya iaitu seoarang pembantu guru dan seorang pekerja perpustakaan pada selasa lalu, lapor Sky News.

Jimmy Hoffmeyer mengemukakan tuntutan ganti rugi berjumlah AS$1 juta (RM4.1 juta) terhadap sekolah anaknya dan dua kakitangan mereka

Jimmy turut menyatakan wujudnya dikrisminasi, intimidasi etnik dan gangguan emosi serta perlanggaran hak Perlembagaan anak perempuannya yang baru berusia 7 tahun.

Difahamkan insiden ini bermula apabila anaknya Jurnee terpaksa menukar gaya rambutnya yang tidak simetri selepas rakan sekelasnya memotong satu sisi rambutnya beberapa inci.

Namun beberapa hari kemudiannya, Jurnee yang baru pulang dari sekolah dilihat tampil dengan potongan rambut yang berbeza. Jelasnya staf yang bertanggungjawab memotong rambut anaknya adalah individu berkulit putih.

“Defendan gagal melatih, memantau, mengarah, mendisiplinkan serta mengawasi pekerjanya dengan baik.

“Dan mengetahui atau seharusnya mengetahui bahawa para pekerja akan terlibat dengan aduan yang dikemukakan kerana wujudnya latihan, adat, prosedur dan kebijaksanaan yang tidak tepat serta kekurangan disiplin yang ada untuk pekerja,” kata tuntutan itu.

Sekolah bidas kenyataan

Pihak sekolah bagaimanapun membidas kenyataan bapanya dan menyifatkan tuntutan tersebut adalah berat sebelah.

Mereka sebaliknya menjelaskan pelajar itu meminta seorang pekerja perpustakaan memperbaiki rambutnya keranya tidak berpuas hati rambutnya itu dipotong murid lain.

Namun kedua mereka sudahpun memohon maaf kerana memotong rambut anak kecil tersebut

“Jurnee kemudian meminta seorang pekerja perpustakaan membantu memperbaiki rambutnya ketika lawatan kelas ke perpustakaan,” katanya.

“Hanya kerana ingin berniat baik, tindakan ini (saman) tidak dapat diterima dan menunjukkan kurangnya pertimbangan kepada kedua-dua pekerja kami.

“Kedua-dua pekerja kami telah mengakui tindakan mereka dan meminta maaf,” katanya.

Dia turut menyuarakan perkara itu kepada seorang gurunya.

“Kami akan mempertahankan secara agresif terhadap tuduhan tidak berasas ini di mahkamah dan sama sekali tidak akan mengalihkan perhatian kami mengenai misi untuk menyediakan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan bertaraf dunia bagi mempersiapkan diri mereka untuk kuliah dan kerjaya,” kata sekolah itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.