
“Mak dah meninggal” – Baru Keluar Penjara, Pemuda Terduduk Didepan Pusara, Baru Tahu Ibu & Kakak Dah Tiada
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tiada yang lebih menghibakan buat seorang anak apabila mengetahui ibunya sudah meninggal didunia. Namun pasti lebih meruntun hati jika perkara tersebut hanya diketahui selepas beberapa ketika.
Itu yang dialami seorang pemuda yang baru keluar dari penjara apabila mengetahui yang ibunya telah meninggal dunia kira-kira tiga bulan yang lalu.
Dikongsikan seorang pengguna TikTok, Hera Elastra , kejadian yang menimpa adiknnya itu nyata mengundang sebak orang ramai.
Menerusi video itu dapat dilihat adiknya yang pada mulanya bingung kenapa mereka berada dikawasan berkuburan. Dia bagaimanapun terus terduduk apabila kakaknya sambil menangis memberitahu ibunya sudah meninggal dunia.
Menurut pengguna tiktok tersebut, J sebaik adiknya keluar, dia terus membawa adiknya menziarahi pusara ibunya.
“Selepas 6 bulan dia ditahanan, harini dia dibebaskan terus bawa ‘jumpa’ mak” tulis kakaknya.
@heraalex86 #selepas 6bulan dpenjara, harini dia bebas trus bawa jumpa mak 😭😭
♬ Ya Allah – Wali
Peluk erat batu nisan di pusara ibu
@heraalex86 ##rindu yg paling berat 😭 kesian adek,nda sempat tgok mak pergi 😭
♬ Bila Tiba – UNGU
Menerusi satu lagi video di dilat memeluk erat batu nisan di pusara ibu mereka sambil menangis teresak-esak.
Kakak juga baru meninggal 10 hari sebelumnya
Lebih menghibakan apabila pengguna TikTok berkenaan membawa adiknya itu kesatu lagi kuburan iaitu kubur kakaknya yang baru sahaja meninggal 10 hari lalu.
“Selepas jumpa mak, bawa dia jumpa kakak pula yang baru je pergi 10 hari, mak pula 100 hari.
“Kita kena redha adik… Kakak dah maafkan adik, maafkan kami tak beritahu adik masa dalam penjara . Lagi-lagi masa pkp,keadaan tak mengizinkan.. “tulisnya lagi
@heraalex86 ##kita kena redha adik… Kakak dah maafkan adik😢 maafkan kami xbgtau adik masa dalam penjara🙏 lagi2 pkp,keadaan xmenginzan…😢
♬ Shollallahu Ala Muhammad Cover By Abi Rafdi – TIC.IHSAN YR ♏usicall𝜓