fbpx

Tak Sampai Sehari Diiklankan, Pemuda Ini Berjaya Jual Motosikal RXZ Dengan Harga RM60,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat geng motor atau peminat motosikal dua lejang pasti tahu jentera seperti RX-Z ,125zr, YPVS, RD dan sebagainya masih mempunyai harga walaupun sudah agak lama berada di dalam pasaran.

Namun siapa yang menyangka harganya mampu melonjak tinggi setanding harga kereta import dan melebihi harga sebuah kereta paling popular di Malaysia iaitu Perodua Myvi.

Baru-baru ini tular di media sosial iklan seorang pemuda, Joe Shaari yang menawarkan motosikal Yamaha RXZ dengan set ‘Biru Bojan’ yang berkeadaan 90 peratus new old stock (NOS) pada harga mencecah RM62,000.

Berserta dengan jentera berkenaan, Joe sebagai broker turut menawarkan sebuah helmet Bell berwarna oren dengan harga RM 65,000. Namun untuk jualan kombo dia menawarkan RM 122,000 untuk kedua-dua barangan berkenaan.

Menerusi perkongsian sama Joe turut berkongsi beberapa keping foto motosikal berkenaan untuk tatapan orang ramai.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai netizen disebabkan harga motosikal berkenaan yang disifatkan terlalu mahal. Selain itu ada yang turut mempersoalkan status 90% N.O.S motosikal tersebut ekoran dari beberapa kesan calar pada bahagian fairingnya.

Ada juga yang tampil mempersoalkan kondisi motor tersebut yang dilihat lebih kepada motor yang di’restore’ berbanding motor N.O.S.

Terjual dalam sehari

Namun siapa sangka, tidak sampai sehari diiklankan motosikal berkenaan sudahpun disambar oleh seseorang individu dari Kedah.

Perkara itu dikongsikan oleh Joe menerusi satu hantaran di Facebooknya. Dia dalam masa sama turut berterima kasih kepada orang ramai khususnya mereka yang berkongsi hantarannya dan kepada mereka yang mengecam kerana mereka telah membantunya mempromosikan motosikal berkenaan.

Alhamdulillah syukur syukur syukur.. rezeki Allah ini luas.. jangan kita kecilkan ia. Rxz biru bohjan terjual dengan RM60K.. Pemberani dari kedah. Demo kenal bare boh. Senang handle tak cerewet.. 

“Terima kasih kepada semua yang share dan juga pada semua yang komen.. yang kecam tu kita rilek2 je kerana mereka lah yang tolong kita untuk femeskan posting kita. 

“Senang cari buyer.. Takde la sendu je tiada yang komen. Yang kaki kecam tu macam biasa la bila kita post jualan mereka kata siapa yang nak beli harga tu.

“Bila dah jual mereka kata tu semua marketing je padahal kawan2 yang snap gambar berlakon buyer.. joe dah lama jadi broker barang macam ni.. dah tak kesah janji dapat komisyen.. Barang2 macam ni saya sendiri pun tak terpikir dek akal kenapa harga dia mcm tu.. orang yang main bidang tu sahaja yang tahu.. 

“Bila pemintaan lebih banyak dari stock. Tu harga jadi tinggi.. sama je benda lain .. semalam kasut nike terjual RM70k , 3 minggu lepas sebiji hotwheels terjual RM20K dan baju bundle terjual RM28K.. bila kita tak duduk bidang tu kita memang fikir tak logik harga tu.. tapi yang kenal barang? Renung-renungkan..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.