
“Kamu Penipu!” – Askar Veteran AS Mengamuk Mahu Bush Minta Maaf, Dakwa Menipu Untuk Serang Iraq [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Serang bekas tentera Amerika Syarikat (AS) yang pernah berkhidmat dan ditugaskan dalam dalam pencerobohan ke atas Iraq pada 2003, menjadi topik hangat di sana gara-gara penularan satu video memperlihatkan tindakannya mengganggu sesi ucapan bekas presiden Presiden George W. Bush itu di sebuah majlis di Beverly Hills, Los Angeles
Mike Prysner menerusi video tersebut dilihat meneriak dan meminta Bush untuk memohon maaf kepada semua pihak, khususnya penduduk di Iraq di atas penipuannya sehingga menyebabkan askar AS meceroboh ke negara teluk tersebut pada 2003.
“Bila kamu nak minta maaf?”
“Bush, bila kamu hendak memohon maaf kepada jutaan orang Iraq yang telah terkorban disebabkan penipuan kamu?”.
“Kamu menipu tentang senjata pemusnah besar-besaran (WMD), kamu menipu tentang kaitan Iraq dalam tragedi 9/11,” jeritnya merujuk kepada serangan pengganas yang telah memusnahkan bangunan World Trade Center di New York 20 tahun dahulu.
Dia kemudian sekali lagi menjerit dan berkata : “Kamu berbohong tentang negara Iraq adalah suatu ancaman,” jerit Prysner lagi .
Bush yang kelihatan tidak selesa dengan situasi tersebut kemudian memintanya yang untuk duduk dan mengawal kelakuannya namun tindakannya lebih menaikkan kemarahan bekas askar berkenaan.
Rakan-rakan saya mati kerana kamu
“Kamu kerahkan saya ke Iraq pada tahun 2003.
“Rakan-rakan saya sudah mati. Kamu membunuh ramai orang. Kamu berbohong,” katanya sebelum beberapa kakitagan di sana mula menariknya keluar.
Sambil ditarik keluar, Prysner berteriak: “Rakan-rakan saya mati kerana kamu berbohong. Kamu perlu meminta maaf. Minta maaf”.
— FREE PALESTINE (@MikePrysner) September 20, 2021
Label Bush sebagai penjenayang Perang
Tindakan Prysner yang juga seorang produser filem tidak berhenti disitu, dia menerusi akaun Twitternya turut melabelkan bekas presiden tersebut sebagai penjenayah perang.
Dia juga lantang mengkritik Bush yang telah menyebabkan berjuta-juta penduduk Iraq yang tidak bersalah menjadi korban diatas pembohongannya
Also on my list of names; the victims in the Collateral Murder video, the Nisour Square massacre, as well as US troops killed in Iraq whose parents then formed the powerful anti-war organization Gold Star Families For Peace. Bush should never know peace for the lives he destroyed
— FREE PALESTINE (@MikePrysner) September 20, 2021
We are not yet in the clear legally, just learned the event organizers were irate that the police did not arrest us.
— FREE PALESTINE (@MikePrysner) September 20, 2021
Malah Prysner menerusi portal LIberation turut mendakwa Bush sebenarnya tahu bahawa Iraq tidak memiliki senjata pemusnah besar-besaran tetapi dia memberitahu negara sebaliknya.
Ketika dia membawa AS kepada perang di Iraq, dia tahu bahawa Iraq tidak memiliki senjata pemusnah besar-besaran tetapi dia memberitahu negara sebaliknya. Tetapi Bush membuat persetujuan, dia menjual kebohongan dan berniat jahat untuk meyakinkan negara bahawa kita (AS) mesti berperang,” katanya.