fbpx
Now Reading
Berkat Usaha Keras Bekerja Sambil Belajar Selama 4 Tahun, Rider FoodPanda Berjaya Dapat PHD

Berkat Usaha Keras Bekerja Sambil Belajar Selama 4 Tahun, Rider FoodPanda Berjaya Dapat PHD

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berkat usaha keras dan kegigihan bekerja sambil belajar selama 4 tahun, seorang rider FoodPanda mencuri tumpuan apabila berjaya bergelar graduan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Teknologi Farmaseutikal.

Mohd. Akmal Azhar yang berkongsi fotonya bersama hasil kajian tesisnya di laman Facebook FoodPanda Rider Malaysia nyata mencuri tumpuan para rider dan netizen yang berada didalam grup tersebut sehingga fotonya menjadi tular.

Ramai yang dilihat kagum dengan kejayaaannya yang disifatkan luar baisa memandang dia menuntut ilmu dan dalam masa sama bersemangat mencari rezeki untuk anak dan isteri.

Mula bergelar rider sejak PKP

Menurut laporan Kosmo, Mohd Akmal yang menyambung pengajian di Universiti Malaysia Pahang mula bergelar sebagai rider makanan sejak bermula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang menariknya dia mengakui pekerjaan sebagai rider banyak mengajarnya antaranya soft skill, cara berkomunikasi dan kemahiran mengurus masa.

“Saya bekerja sebagai ‘rider’ secara sepenuh masa sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pekerjaan ini banyak mengajar saya tentang ‘soft skills’, cara berkomunikasi selain banyak membantu memupuk sifat sabar dan kemahiran pengurusan masa.

Pagi Kerja Malam Belajar

“Biasanya pada waktu pagi saya akan menghabiskan masa untuk bekerja dan pada sebelah malam saya akan menyiapkan penulisan tesis. Jika kerja yang melibatkan kehadiran di Universiti saya akan mengambil cuti, setakat ini Alhamdulillah Allah S.W.T permudahkan segala urusan,” kata Akmal dipetik dari Kosmo.

Tambahnya lagi, dia berterima kasih kepada isterinya kerana banyak memberi sokongan dan memahami cabaran dan rutin hariannya terutama berkenaan masa dan tenaga sebagai pelajar dan juga rider sepenuh masa.

“Cabaran utama saya adalah berkenaan masa dan tenaga, kerana buat masa ini menjadi ‘rider’ adalah merupakan sumber pendapatan utama bagi jadi memerlukan pembahagian masa yang begitu seimbang” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.