fbpx
Now Reading
“Saya Insaf..” – Ketua Ajaran PMYT, Sittah Annur Isytihar Bertaubat Secara Live [Video]

“Saya Insaf..” – Ketua Ajaran PMYT, Sittah Annur Isytihar Bertaubat Secara Live [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Sittah Annur yang pernah menggemparkan negara kerana mendakwa dirinya mampu berhubung dengan Allah, malaikat dan Nabi Muhammad, tengahari tadi telah mengsytiharkan taubat menerusi majlis pengisytiharan Istitabah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shas.

Sittah atau nama sebenarnya Masitah Ab Jalar, 39, menerusi Majlis Istitabah yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) turut mengakui tiada tiada jalan pintas ke syurga melainkan dengan keyakinan akidah Islam.

“Saya Masitah Ab Jalar, sesungguhnya membuat pengisytiharan ini dengan suci hati, penuh keinsafan dan keikhlasan, sesungguhnya tiada sebarang paksaan dari mana-mana individu atau mana-mana pihak.

“Dengan kesedaran diri sendiri bahawa saya sebelum ini mengeluarkan suatu pernyataan yang bertentangan dengan hukum syarak dan ia juga suatu yang terkeluar dari pemahaman manusia pada lazimnya tentang mimpi saya.

“Antaranya, saya telah menyatakan kepada umum bahawa berdasarkan mimpi, saya telah diberitahu oleh ALLAH SWT bahawa saya adalah seorang yang mengetahui tentang sesuatu peristiwa yang bakal berlaku,” antara lafaz yang diungkapnya.

Janji tidak akan ulangi perbuatan tersebut

Menerusi video secara langsung yang dirakam di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, dia yang mengakui melakukan pengistiharan tersebut dengan rela hati dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak turut berjanji yang dia tidak akan mengulangi perbuatan tersebut dan melanggar pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dia kemudian dilihat menandatangani dokumen pengisytiharan taubat di hadapan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Sittah sebelum ini mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan buat umat manusia.

Bukan itu sahaja, dia turut mendakwa mempunyai keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa akan berlaku pada masa depan, antaranya Perang Dunia Ketiga akan berlaku dan bermula di Sabah serta memimpin pasukannya mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

Namun dia akhirnya ditahan polis pada 4 September sekitar jam 1.10 pagi ekoran dari penglibatannya dalam ajaran sesat berkenaaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.