fbpx
Now Reading
Siap Pakai Samping Songket! Netizen Teruja Tengok Ultraman Ribut ‘Human Form’

Siap Pakai Samping Songket! Netizen Teruja Tengok Ultraman Ribut ‘Human Form’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat animasi tempatan dan Ultraman pasti cukup tahu tentang kewujudan Ultraman Ribut .

Mula diperkenalkan  syarikat animasi tempatan Les Copaque Sdn Bhd dan Tsuburaya Production untuk siri animasi Upin Ipin, populariti Ultraman Ribut terus meningkat apabila diangkat secara rasmi dalam keluarga Ultraman sewaktu sambutan Ultraman Day ‘THE LEGENDS 1966’ sehinggalah menyertai Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy .

Terbaru, nama Ultraman Ribut sekali lagi menjadi bualan hangat peminat Ultraman dan netizen selepas tular sebuah foto poster menunjukkan penampilannya dalam human form.

Mula dikongsikan ahli di grup FB Ultraman Maniac, Ultraman Ribut didalam poster tersebut yang diambil dari majalan Televi-Kun edisi Oktober 2021 dilihat muncul dalam bentuk manusia dilakonkan oleh aktor Jepun, Tsuchiya Shinba.

Dia dilihat mengenakan pakaian fusion, baju putih lengan panjang bersama vest dan yang menariknya dengan samping songket bagi menyuntik elemen nusantra. Namun tidak dapat dipastikan ada baju yang digubakan merupakan baju melayu atau bukan.

Difahamkan kemunculan tersebut adalah untuk siri Ultraman Trigger pada bulan bulan November nanti.

Bukan setakat popular di kalangan peminat Utraman di Malaysia, perkara tersebut turut dikongsikan IG Utlrasatsu Indonesia.

Ramai yang dilihat gembira dengan perkongsian tersebut, namun setakat ini tiada lagi pengesahan rasmi samaada persalinan ini digunakan dalam siri Ultraman Trigger nanti atau ia hanyalah sekadar foto promosi.

Apa-apa pun sama-sama kita tunggukan ok?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.