fbpx
Now Reading
Pangkalan Data 4 Juta Rakyat Malaysia Dalam JPN Disenarai Untuk Dijual

Pangkalan Data 4 Juta Rakyat Malaysia Dalam JPN Disenarai Untuk Dijual

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial sejak semalam hangat selepas seorang pengguna Twitter meluahkan kebimbangannya selepas melihat satu iklan di sebuah laman online yang menawarkan data peribadi milik lebih 4 juta rakyat Malaysia.

Menurut @xanda, yang juga seorang pakar IT, data tersebut iperolehi dari API yang digunakan myIDENTITI.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikannya, pengiklan mendakwa kesemua data tersebut bersaiz 31.8GB dan melibatkan 4 juta individu berumur 23 hingga 43 tahun yang berjaya diambil dari laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menerusi iklan sama ia ditawarkan pada harga 0.2 BTC (Bitcoin) iatu bersaman RM32,000.

LHDN nafi kebocoran dari laman sesawangnya

Namun LHDN kemudian menafikan dakwaan yang kebocoran tersebut berlaku dari laman sesawangnya.

Jelas mereka ia sebaliknya adalah data pengguna kepada program dikenali sebagai ‘Application Programming Interfaces’ (API) yang dibuat untuk myIDENTITY di bawah seliaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

MyIdentity adalah satu platform perkongsian data yang membenarkan beberapa agensi seperti JPN dan LHDN untuk mendapatkan maklumat invididu seseorang. Difahamkan ketika ini terdapat 10 agensi milik kerajaan yang menggunakan perkongsian data berkenaan.

Antara maklumat yang terdapat didalamnya ialah nama, nombor kad pengenalan, alamat emel, alamat tetap, nombor telefon dan gambar. Selain itu ia turut menawarkan butiran peribadi seperti agama dan kaum.

Polis sedang siasaat

Menurut laporan Kosmo! Polis Diraja Malaysia (PDRM( kini sedang menyiasat dakwaan kebocoran data berkenaan dan berusaha mengenal pasti dalang serta punca ianya berlaku.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din, pihaknya sudah menerima satu laporan polis daripada Timbalan Ketua Pengarah JPN berhubung perkara tersebut di Balai Polis Presint 7, Putrajaya semalam.

“Susulan laporan yang diterima, satu kertas siasatan berhubung kejadian telah dibuka di bawah Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan pihak polis sedang meneliti dakwaan penggodaman tersebut.

“Siasatan dilakukan bagi mengesahkan berlaku penggodaman atau tidak pada sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kita mahu sahkan dari mana kebocoran itu berlaku,” katanya dipetik dari Kosmo!

Mohd Kamarudin turut tidak menolak kemungkinan ada pembabitan orang dalam sebagai dalang namun siasatan akan dibuat secara menyeluruh dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Siber Sekuriti Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).

“Data-data ini milik kita, kalau ianya tersebar luas macam-macam boleh terjadi terutamanya di masa kini yang terdapat banyak ‘scammer’.

“Pihak polis juga kini sedang berusaha untuk menyekat penjualan data berkenaan, kemudian kita akan mengenal pasti dalang yang terlibat dalam kegiatan ini,” tegas beliau.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.