Pemuda Semangat Kejar & Rakam Kereta Mercedes Klasik, Sekali Terkejut Nampak Tok Mat Yang Pandu

Secara amnya, tidak ramai rakyat Malaysia yang menggemari kereta klasik lama. Namun angka yang sedikit tidak menghalang mereka yang mempunyai minat sedemikian untuk meneruskan hobi dan minat mereka.

Ini kerana ramai dari mereka kini boleh berkongsi apa sahaja foto dan info menarik tentang kereta klasik secara online antaranya dengan menyertai grup peminat kereta klasik seperti grup Facebook Kereta Sebelum Tahun 2000′

Grup ini yang berjaya mengumpulkan lebih 150,000 peminat kereta klasik sentiasa penuh dengan perkongsian mengenai kenderaan buatan sebelum tahun 2000 yang masih berjaya dikesan didalam Malaysia.

Yang menariknya, baru-baru ini seorang ahli grup ini telah berkongsi satu video dimana dia dan rakannya telah terserempak dengan sebuah kereta Mercedes Benz dipercayai model R107 di sebuah jalanraya.

Tertarik dengan kereta tersebut, mereka kemudian mengejar untuk merakam kereta sports berwarna biru berkenaan.

“Minat tengok kereta, saja ikut.. Sekali Tok Mat lah “

Namun apa yang mengejutkan mereka sebaik menghampiri kereta tersebut pemandunya adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato‘ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan atau lebih mesra dengan panggilan Tokmat.

Tokmat yang sememangnya dikagumi ramai kemudian dilihat tersenyum seolah menyedari pemuda berkenaan adalah seorang peminat kereta klasik sama sepertinya.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian peminat kereta berkenaan dan juga peminat Tok Mat.

Malah Tokmat sebelum ini juga pernah dirakam memandu dipercayai dengan kereta sama.

Sebagai rekod, Tok Mat sebelum menceburi bidang politik adalah seorang ahli korporat yang ternama. Antara jawatan penting yang pernah beliau sandang adalah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mercedes-Benz di Asia Tenggara selama 10 tahun dari 1994-2004.

Selain itu beliau juga pernah menjadi CEO untuk syarikat Cold Storage Malaysia Bergad dari tahun 92-94.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

7 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago