
Penganjur Tampil Beri Penjelasan Selepas Netizen Dakwa Pertandingan Disertai Maryam Adalah ‘Scam’
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini seluruh negara hangat memperkatakan mengenai kejayaan membanggakan seorang murid 11 tahun, Maryam Muzamir dari Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist Kuantan yang meraih 3 emas menerusi pertandingan The 6th International Invention, Innovation Competition (iCAN) di Toronto, Kanada bulan lalu.
Lebih mencuri tumpuan ramai apabila adik Maryam berjaya mengenepikan lebih 600 peserta dari pelbagai peringkat usia dari 70 negara sekaligus menjadi pemenang termuda dengan mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut yang dinamakan YAM 2.0.
Namun disebalik berita gembira tersebut, tular di laman Twitter apabila seorang lelaki yang mencurigai anugerah tersebut dan mendakwa pertandingan tersebut seolah satu acara ‘scam’.
Menerusi thread panjang lebat yang ditulisnya d Twitter, dia turut mengakui tidak pernah mendengar kewujudan anugerah dan pertandingan sedemikian walaupun menetap di Toronto.

Malah dia turut meragui penganjur, Toronto International Society of Innovation & Advanced Skills (TISIAS) dan menyoalkan alamat berdaftar mereka kerana menurutnya tiada bangunan yang berpotensi untuk didiami oleh satu organisasi ‘inovasi’ yang besar memandangkan alamat yang diberikan adalah kawasan perumahan.
Not to be a party popper or ruin anyone's day, but this "Toronto" organization T I S I A S giving the award looks sketchy and very suspicious….. And seems like a MLM or some money laundering thing going on.
— Nika Moe (@BentaraNikA) September 26, 2021
It *Suspiciously Does not exist in Toronto?* (I live in Toronto) pic.twitter.com/wxjKMGOHk9
Perkara tersebut akhirnya mendapat perhatian pihak TISIAS sendiri yang tampil membidas dakwaaan pemuda berkenaan.
Menurut TISIAS, dakwaan lelaki tersebut adalah sangat mengelirukan dan dibuat tanpa mengetahui secara tepat bagaimana organisasi TISIAS dan iCan diaadakan.
Continued here pic.twitter.com/PMJxeLINBr
— Rejaie Arbee 🇲🇾 #LAWAN (@rejaie) September 27, 2021
Menjelaskan yang TISIAS bukanlah agensi Kerajaan Kanada sebaliknya organisasi swasta, kenyataan tersebut turut menjelaskan mereka bagaimanapun mula berkembang dan reputasi mereka semakin dikagumi hasil kerjasama bersama banyak pihak antaranya persatuan, universiti, sekolah, pusat penyelidikan dan perusahaan di seluruh dunia.
Antara universiti dalam negara yang pernah bekerjasama dengan mereka adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) beberapa tahun lalu.
Our official participation in i-ENVEX 2018 at Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) few years back 😀 iCAN is our main activity as a host, but we are also very active in other international exhibitions around the world and hold the official delegation exclusive status for Canada 🙂 pic.twitter.com/q1ktsRw1yD
— TISIAS (@official_tisias) September 28, 2021
Berhubung isu alamat pula, pihak TISIAS menjelaskan alamat pejabat yang tertera di carian Google mereka sememangnya adalah alamat rumat iaitu sebuah kondominium yang digunakan sebagai ruang pejabat sebagai persediaan dengan acara tersebut.
Mereka dalam masa sama memaklumkan tidak dapat menghubungi individu yang membuat dakwaan berkenaan memandangkan dia telah menyekat akaun Twitter milik TISIAS yang baru diwujudkan khas untuk menjelaskan isu berkenaan.