fbpx
Now Reading
“Dah Kena Baru Tahu..” Pernah Bergelar Antivaksin, Abang Arwah Siti Sarah Mohon Maaf Pada Frontliners

“Dah Kena Baru Tahu..” Pernah Bergelar Antivaksin, Abang Arwah Siti Sarah Mohon Maaf Pada Frontliners

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemergian penyanyi terkenal Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin pada awal Ogos lalu disebabkan jangkitan Covid-19 benar-benar membuka mata ramai pihak.

Bukan hanya arwah, virus maut tersebut turut menyerang ramai ahli keluarganya dan antara yang paling teruk terkesan adalah abangnya,  Ahmad Firdous Raissuddin  yang terpaksa ditidurkan beberapa hari selepas pemergiannya.

“Ia sangat menyakitkan”

Sebulan bertarung dengan virus maut tersebut, dia yang semakin pulih dan sudah pun dibenarkan pulang ke rumah tampil menerusi satu video menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati, termasuk mengambil vaksin serta menjadikan kejadian yang menimpa keluarganya satu iktibar

“Saya adalah bekas pesakit Covid-19 tahap empat. Apa yang boleh dikongsikan dari pengalaman saya sendiri, ia sangat menyakitkan. Walaupun tidak ‘ditidurkan’ ketika mendapat rawatan, tetapi sepanjang pengalaman di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang, Selangor, amat-amat menakutkan.

“Perasaan ‘up’ dan ‘down’ di ICU itu biasa, tapi hanya kita saja kena kuat melawannya dengan semangat dan pemikiran positif. Sebagai pesakit Covid-19, dua perkara ini amat penting ketika di ICU untuk memberi kekuatan pada diri sendiri agar terus melawannya sehingga sihat semula.

Sedia ambil vaksin sebagai ikhtiar hidup

Firdaus menerusi video tersebut turut mengakui penah meragui vaksin dan jangkitan Covid-19, namun dia mula menyedari semua itu adalah benar selepas melihat sendiri keadaannya dan pesakit yang keluar masuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dimana penderitaan harus dilalui mereka yang pernah dijangkiti virus ini sangat teruk.

“Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya peroleh selepas kembali pulih daripada Covid-19 ini. Malah, kalau orang cakap dulu saya antivaksin, memang betul saya antivaksin sebelum ini di atas sebab-sebab tertentu.

Tapi, sekarang saya bersedia untuk ambil vaksin sebagai ikhtiar kehidupan dan selepas mendapat vaksinasi penuh ia akan memudahkan kita untuk menjalankan pelbagai urusan harian,” katanya.

Dia bagaimanapun berpendapat mereka yang ingin berterusan menjadi antivaksin adalah hak masing-masing.

“Untuk saya, memang nak ambil vaksin. Kalau boleh dapat segera, saya akan terus pergi cucuk. Tapi, memandangkan masih lagi dalam proses pemulihan kerana paru-paru saya sudah rosak teruk, atas nasihat doktor tak boleh ambil vaksin lagi. Saya akan vaksin selepas sihat sepenuhnya.

Mohon maaf dan sangat berterima kasih pada doktor dan jururawat

Dia dalam masa sama turut memohon maaf kepaada petugas barisan hadapan kerana berkongsi posting kurang enak tentang mereka.

“Pada mereka yang saya pernah tulis pembunuh la, apa la… saya mohon maaf banyak-banyak pada doktor, dan berterima kasih.

“Apapun, saya sangat berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang sudah bertungkus-lumus menyelamatkan saya ketika di hospital. Mereka ini orang-orang yang hebat dan tidak wajar dianggap sebagai pembunuh.

“Ketika di ICU Hospital Serdang, saya sendiri tengok depan mata seorang jururawat wanita ditugaskan memantau pesakit setiap masa. Tidak pernah pun, pesakit ditinggalkan oleh mereka sebagai petugas barisan hadapan ini.

“Doktor dan jururawat yang menguruskan pesakit Covid-19 sepenuhnya. Lagipun, di ICU mana ada tandas dan pesakit dirawat semuanya memakai lampin pakai buang. Jadi, jururawat-jururawat inilah yang menjaga dan membersihkan pesakit setiap masa,” katanya.

Antivaksin atau sudah lengkap vaksin tetap kena ikut SOP

Dia dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai baik kepada golongan antivaksin dan juga golongan yang sudah divaksin lengkap, untuk teru mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalem mengekang penularan Covid-19.

Perkongsian beliau turut mendapat perhatian pegawai perubatan, Dr Khairul Hafidz yang meluahkan rasa syukurnya dengan pengakuan jujur dari Firdaus.

Beliau yang juga pengasas dan ketua MedTweetMY dalam masa sama turut memuat naik perkongsian berkenaan di akauan Twitternya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.