fbpx
Now Reading
Sanggup Korbankan Diri Redah Api Untuk Selamatkan Warga Emas, Remaja Iran Ini Diangkat Sebagai Wira Negara

Sanggup Korbankan Diri Redah Api Untuk Selamatkan Warga Emas, Remaja Iran Ini Diangkat Sebagai Wira Negara

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Benarlah kata pepatah, “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan mata”

Itu yang sesuai diungkapkan mengenai pemergian seorang pemuda dari Ishafan, Iran yang diangkat sebagai wira selepas hampir dua minggu menanggung derita akibat melecur teruk di seluruh badan selepas menyelamatkan dua jirannya yang terperangkap sewaktu rumah mereka terbakar.

Semasa kejadian pada 9 September itu, Ali Landi yang baru berusia 15 tahun bukan setakat menyelamatkan kedua-dua jirannya malah dia merisikokan diri dengan cuba mencampakkan silinder gas ke luar tingkap bagi menghalang api daripada terus marak.

Keberaniannya menyebabkan Ali mengalami luka lecur lebih 90% manakala dua jirannya seorang warga emas berusia 80-an dan dan anak perempuannya mengalami luka luaran.

Dia yang kritikal kemudiannya dirawat di sebuah hospital di wilayah Khuzestan. Kesihatannya bagaimanapun terus merosot menyebabkan kerajaan bertindak memindahkan ke sebuah hospital di wilayah Isfahan bagi menjalani rawatan di unit rawatan rapi, dan bagai sudah tertulis dia akhirnya meninggal dunia di sana.

Sentuh hari ramai warga Iran

Pemergiannya nyata menyentuh hati majoriti rakyat Iran yang kemudiannya memberikan penghormatan terhadapnya dan menggelarnya sebagai wira negara.

Rakyat gesa kerajaan masukkan kisahnya dalam pembelajaran

Ramai yang turut meminta Kementerian Pendidikan Iran untuk memasukkan kisah keberanian Ali didalam bahan pembelajaran di sekolah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.