fbpx

“Tolong Hormat Duit” – Netizen Persoal Tindakan Isa Isarb Terbangkan RM10K Ke Langit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan trend menggunakan jambangan belon berisi duit atau tarik duit dalam kek semakin mendapat perhatian ramai.

Bukan sahaja kelihatan cantik, malah ia pastinya mampu memberikan kejutan kepada orang tersayang. Namun ada juga insiden penerima ‘melepas’ apabila duit yang ingin diberikan terbang dan ‘lesap’ ke atas langit. 

Terbaru, Youtuber terkenal Isa Isarb mencuri perhatian ramai apabila berkongsi satu video memperlihatkan dia menerbangkan duit kertas RM1 sebanyak RM10,000 ke langit menggunakan belon agar ia jatuh kepada sesiapa sahaja yang berdekatan.

Diadakan sempena pelancaran sebuah produknya di sebuah kawasan perumahan di Klang, Isadalam masa sama turut menjelaskan dia memilih cara sebegitu memandangkan dia sebelum ini pernah menerbangkan duit berbentuk cek namun tiada yang menjumpainya.

“Duit ni siapa-siapa yang dapat ambi sahaja. Belon ini akan turun balik dalam 3 ke 6 jam” kata Isa.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai dimana ramai dilihat berharap mereka adalah orang bertuah yang akan menjumpai wang berkenaan.

kalau untuk menggunakan teknik sebegini untuk memberikannya kepada orang ramai mungkin kedengaran agak pelik.

Namun memandangkan niatnya adalah untuk memberikannya kepada orang ramai, ada segelintir netizer yang dilihat kurang senang dengan idea tersebut memandangkan teknik itu dilihat sedikit pelik.

Malah ada juga yang berpendapat tindakannya seolah tidak menghormati duit.

Tolong hormat duit yang tuhan beri

Nanti takde yang jumpa bazir je

Kan bagus kalau letak kat rumah anak yatim RM10 k

Kenapa tak bagi terus orang yang memerlukan

Bagi kat orang susah diluar sana

Namun apa sahaja yang teknik yang dilakukannya pasti ada alasan tersendiri bukan ?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.