fbpx
Now Reading
3 Tahun Menabung Dalam Bekas Air, Peniaga Ini Akhirnya Beli Kereta Idaman RM80K Guna Duit Syiling

3 Tahun Menabung Dalam Bekas Air, Peniaga Ini Akhirnya Beli Kereta Idaman RM80K Guna Duit Syiling

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit”, inilah situasi yang dapat digambarkan buat seorang peniaga yang berasal dari Sulawesi Indonesia ini apabila dia berjaya membeli kereta idamannya iaitu dari jenis Toyota Rush secara tunai.

Namun yang lebih menariknya, Asriadi Syamsuddin dan isterinya, Ratna yang merupakan peniaga kaki lima lebih banyak menggunakan wang syiling yang dikumpul mereka didalam bekas air sejak tahun 2018.

Menurut laporan Suara, Asriadai menjelaskan kebanyakan duit dalam tabungnya adalah wang syiling kerana ia merupakan pemberian pelanggan yang membeli barang jualannya selain duit syiling yang ditemui di rumahnya

“Tak perasan yang saya sudah tiga tahun menabung duit syiling ini kerana saya tidak pernah mengira jumlahnya.

“Apabila saya melihat bekas air yang digunakan untuk menyimpan duit syiling sudah penuh, barulah saya keluarkan dan mendapati bahawa jumlahnya mencecah ratusan juta rupiah ” kata Asriadi.

Menyedari yang wangnya sudah mencukupi dia kemudian membawa kesemua tabung berisi duit syiling berkenaan ke sebuah pusat jualan kereta Toyota untuk membeli kereta SUV idamannya.

Situasi tersebut nyata mengejutkan kesemua pekerja yang berada disana namun kesemua mereka bagaimanapun tetap melayan Asriadai malahan turut membantunya mengira wang syiling berkenaan.

Yang menariknya wang tersebut mencukupi untuk dia membeli kereta tersebut yang berharga IDR 271 Juta atau bersamaan RM79,269.

“Ini satu situasi luar biasa kerana pihak kami tidak pernah menerima pelanggan yang membeli kenderaan secara tunai menggunakan duit syiling.

“Namun, Asriadi membawa wang yang cukup iaitu 271 juta rupiah untuk membolehkannya memiliki kereta Toyota Rush,” kata seorang pekerja di pusat jualan berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.