fbpx
Now Reading
“Afnan tunggu kami di syurga ya..” – Bayi 3 Hari Azmi Saat Meninggal Dunia

“Afnan tunggu kami di syurga ya..” – Bayi 3 Hari Azmi Saat Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru beberapa hari bergelar ibu dan ayah, penyanyi Azmi Saat dan isterinya, Nazira Muhammad terpaksa menerima hakikat bayi sulung mereka, Afnan telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Berita sedih tersebut dikongsikan Azmi menerusi satu perkongsian di Instagramnya.

“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” luah penyanyi Caliph Buskers itu.

Kami Sedang Riba Afnan Untuk Kali Terakhir

Perkongsian tersebut tidak sampai sejam selepas beliau berkongsi luahan sedang meriba bayinya itu buat kali terakhir.

Azmi atau nama penuhnya Khairul Azmi Mohd. Saat, 34 dan Nazira,baru-baru ini diuji apabila Afnan yang baru dilahirkan dilaporkan mengalami masalah kesihatan dimana doktor mengesyaki otanya tidak berfungsi selepas dia didapati tidak bergerak.

Ekoran dari itu Afnan yang sudah lebih 10 tahun dinantikan pasangan ini terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan oleh hospital.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.