‘Tak perlulah berlakon’ – Danial Zaini Enggan Minta Maaf, Cabar Iqbal Kahwini Dato Seri Vida Dulu
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Luahan kecewa usahawan dan bekas pembantu peribadi (PA) jutawak kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Ahmad Iqbal selepas kisah cintanya dijadikan bahan parodi langsung tidak membuatkan pelawak Danial Zaini berasa yang dia perlu meminta maaf.
Menerusi laporan mStar, Danial atau nama betulnya Muhamad Danial Mohd Zaini hanya akan membuat permohonan maaf sekiranya usahawan itu dapat membuktikan yang hasrat dia untuk berkahwin dengan DSV bukanlah satu gimik untuk melariskan perniagaan mereka.
“Saya hanya akan mohon maaf kepada Iqbal selepas dia buktikan apa yang dia buat itu bukan semata-mata content untuk marketing busines dia.
“Kalau betul dia kahwin dengan DSV, barulah saya akan minta maaf. Sebab saya rasa seluruh rakyat Malaysia tahu yang kisah mereka ini hanya untuk content saja.
“Tak perlulah berlakon… sudah-sudah la tu. Kita hidup di zaman 2021, jadi jangan anggap semua orang tak tahu,” katanya dipetik dari mStar.
Hanya jalankan tanggungjawab
Tambahnya lagi dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon, malah parodi tersebut langsung tidak menyebut nama mana-mana individu dalam video berkenaan.
“Soal parodi MeleTOP tu bagi saya, sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon untuk menjalankan tugas seperti yang diarahkan.
“Lagipun dalam parodi itu kami tidak menyebut nama mana-mana individu dan jalan cerita pun berbeza. Tapi kalau dia terasa, itu terpulang kepada dia.
“Apa yang saya dan rakan lain buat hanya jalankan kerja sebagai pelakon sahaja,” katanya
Iqbal sebelum ini mengakui terguris hati apabila segelintir pihak mengambil kesempatan dengan menjadikan kisah antara dia dan DSV sebagai bahan konten jenaka di media sosial dan juga di televisyen.
“Saya tak sangka Kak Kek mampu bawa watak Datuk Seri Vida dengan sangat menjadi dan menghiburkan. Cuma saya betul-betul terkilan. Saya berdepan depresi ditekan dengan pelbagai tohmahan.
“Saya terfikir adakah Kak Kek melakukan ini sebagai satu sindiran ataupun hanya kerana dapat bayaran? Ada perkara boleh bergurau, di saat saya kritikal begini boleh dijadikan bahan jenaka,” katanya.
Ekoran dari luahan tersebut, Catriona Ross yang bergandingan bersama Danial dan juga Jehan Musa tampil memohon maaf namun menafikan tuduhan bahawa dia melakukannya disebabkan tawaran lumayan.