fbpx
Now Reading
Lelaki Dilanggar Lari Terselamat Selepas Apple Watch Dipakainya Hubungi Ambulans & Keluarga

Lelaki Dilanggar Lari Terselamat Selepas Apple Watch Dipakainya Hubungi Ambulans & Keluarga

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki di Singapura benar-benar bernasib baik apabila jam tangan Apple Watch miliknya telah menyelamatkkan nyawatnya selepas terbabti dengan satu kemalangan.

Muhammad Fitri, 24 yang menaiki motosikal difahamkan tidak sedarkan diri sebaik bertembung dengan sebuah van di sebuah jalan yang lengang di Ang Mo Kio, Singapura pada malam 25 September lalu.

Dia sebelum ‘terpadam’ bagaimanapun sempat melihat kenderaan yang berlanggar dengannya melarikan diri.

Mengesan Fitri terhentak dan terjatuh teruk, jam pintar berkenaan secara automatik telah menghantar mesej ke kontak kecemasannya termasuk teman wanita Fitri selain turut mendapatkan bantuan ambulan.

Respon pantas Apple Watch yang digunakannya akhirnya berjaya menyelamatkan pemuda berkenaan dari sebarang bahaya.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengatakan bahawa mereka telah diberitahu mengenai kemalangan itu sekitar jam 8:20 malam dan mangsa dihantar ke Hospital Khoo Teck Puat.

Andainya peranti tersebut tidak menghubungi kontak kecemasan dan ambulans, Fitri mungkin lewat diselamatkan.

Keluarga Fitri kemudian meluahkan rasa berterima kasih atas fungsi ‘penyelamat nyawa’ (life-saving function) ini kerana berhaya menyelamatkan anak mereka memandangkan jalan pada ketika itu agak sunyi.

Polis kemudian mengesahkan kemalangan tersebut adalah kes langgar lari .

Apple Watch semenjak Series 4 berupaya mengesan pemiliknya terjatuh semasa memakainya. Ia kemudian akan mengetuk dan menekan tangan pengguna di pergelangan tangan mereka, membunyikan penggera dan memberikan amaran.

Pengguna kemudian perlu memilih samaada menghubungi perkhidmatan kecemasan atau menolak amaran bekenaan dengan memilih tetapan ‘Close’ sudut kiri atas atau menekan ‘I am OK

Namun jika penggunanya dikesan tidak bergerak dalam tempoh seminit, peranti tersebut secara automatik akan memanggil ‘emergency contacts’ atau senarai kontak kecemasan dan menghantar mesej kepada mereka. Ia juga akan memanggil bantuan ambulans.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.