fbpx
Now Reading
Ibu Arwah Abam Bocey & Ali Puteh Meninggal Dunia

Ibu Arwah Abam Bocey & Ali Puteh Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ibu kepada pelawak, Allahyarhman Abam Bocey dan Ali Puteh, Sabariah Arshad disahkan meninggal dunia pada 11.54 malam tadi di Hospital Selayang.

Berita duka tersebut dikongsikan Ali menerusi satu perkongsian di instagramnya.

“Assalamualaikum…mak saya telah pergi menghadap Ilahi. Doakan buat mak saya ye semua. Mak jumpa abang di sana ye,” tulisnya

Menurut Ali ibunya akan dimandikan di Masjid Batu 8 Gombak pada jam 9 pagi dan dijangka akan dikebumikan Sg Pusu Gombak sebelum solat Jumaat sebentar lagi.

Menerusi laporan Gempak, wakil kepada keluarga Ali berkata, Allahyarhamah telah dimasukkan ke zon kritikal Selasa lalu kerana serangan asma.

Berita duka tersebut turut dikongsikan seorang lagi anggota Bocey iaitu Achey di akaun instagramnya.

Arwah sekitar Disember tahun lalu juga pernah dimasukkan ke Hospital Selayang akibat serangan asma.

Takziah kami ucapkan kepada pelawak Ali Puteh & keluarga di atas pemergian ibunda tercinta! Al-fatihah..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.