fbpx
Now Reading
Lelaki Mabuk Sertai Misi Cari Orang Hilang, Tak Sedar Rupanya Yang Hilang Adalah Diri Sendiri

Lelaki Mabuk Sertai Misi Cari Orang Hilang, Tak Sedar Rupanya Yang Hilang Adalah Diri Sendiri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mungkin kedengaran luar biasa, namun untuk orang yang mabuk mungkin tidak lah sepelik mana.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di Turki apabila dia secara tidak sengaja telah menyertai pihak berkuasa untuk mencari dan menyelamat dirinya sendiri selepas dia dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Beyhan Mutlu, 50 dari Inegol, Turki difahamkan pada mulanya telah melepak bersama-sama rakannya.

Tidak pulang kerumah sebaliknya merayau ke hutan

Namun sewaktu melepak dia difahamkan telah meminum alkohol hingga menjadi terlalu mabuk. Sebaik selesai minum, dia yang dibawah pengaruh alkohol bagaimanapun tidak pulang kerumah sebaliknya merayau-rayau ke sebuah hutan yang terletak berhampiran rumahnya.

Gagal menghubungi Mutlu selepas beberapa jam, si isteri dan rakannya tadi kemudian telah bertindak menghubungi pihak polis.

Polis kemudian menubuhkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sambil dibantu penduduk tempatan bagi menjejaki Mutlu yang hilang.

Namun siapa sangka, dia yang sudah sedikit tersedar kemudian berjalan keluar dari hutan berkenaan sebelum terserempak dengan pasukan SAR.

Dia kemudian menawar diri membantu mereka mencari tanpa sedikitpun menyedari orang hilang yang mereka maksudkan adalah dirinya sendiri.

Namun semuanya terjawab apabila seorang dari pasukan menyelamat mula berteriak memanggil nama Mutlu.

Menyedari namanya dipanggil dia kemudian dengan pantas segera menyahut pangilan berkenaan dengan berkata : “ Ya, saya disini!”

Seorang dari pasukan berkenaan kemudian terus menyambarnya dan menahan Mutlu untuk diambil keterangan.

Hanya dengan sekelip mata pencarian berkenaan selesai dan orang yang hilang juga sudah ditemui. Dia kemudian di bawa pulang ke pangkuan keluarganya sebaik mereka selesai menyoal siasatnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.