fbpx
Now Reading
Netizen Puas Hati Tengok Doktor ‘Sekolahkan’ Pemandu Myvi Buang Kotak Rokok Tengah Jalan [Video]

Netizen Puas Hati Tengok Doktor ‘Sekolahkan’ Pemandu Myvi Buang Kotak Rokok Tengah Jalan [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tabiat buruk segelintir pengguna jalan raya yang tanpa segan silu membuang sampah di tengah jalan bukanlah satu perkara baru di dalam negara.

Tindakan tidak bermoral dan bertanggungjawab ini bukan sahaja mencacatkan pemandangan malahan ianya akan mengotorkan alam sekitar.

Terbaru tular di media sosial satu video memperlihatkan seorang pemandu Perodua Myvi berwarna oren membuang kotak rokok di tengah jalan raya di sebuah persimpangan lampu isyarat yang sesak berhampiran Hicom, Shah Alam.

Mungkin berang dengan tindakan kurang sivik pemandu berkenaan, Dr. Wan Johan Ariff, seorang doktor gigi yang kebetulan sedang memandu ambulans dibelakangnya kemudian dengan beraninya turun dan mengutip sampah itu lalu menghampiri kereta Myvi tersebut.

Dia kemudian dilihat memberi sepatah dua kata kepada pemandu tersebut sebelum melemparkan kotak yang dipegangnya kedalam kereta berkenaan.

Dalam masa sama, seorang pemandu lori yang berada di depan turut turun untuk menasihati pemandu Myvi berkenaan mengenai perkara sama.

“Done beramal untuk kesedaran”

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian netizen. Ramai yang dilihat kagum dengan pendekatan yang dilakukan pakar perubatan tersebut dalam mendidik golongan yang kurang kesedaran sivik sepertinya.

Malah ramai yang turut meluahkan rasa puas hati melihat pemandu Myvi tersebut yang terpinga-pinga selepas diberikan teguran berkenaan.

Setakat artikel ini ditulis video tersebut telah mendapat 3200 tanda suka, 468 perkongsian dan 501 komen.

Malah tindakan berani pakar perubatan ini turut dikongsikan banyak portal automotif sehingga mendapat pujian netizen lainnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.