“Sudah 12 Tahun Dia Bercita-cita Nak Masuk Islam” – Faizal Tahir Bimbing Mat Salih Lafaz 2 Kalimah Syahadah

Penyanyi terkenal Faizal Tahir meluahkan rasa terujanya apabila berpeluang mengajar seorang saudara baru mengucapkan kalimah syahadah di sebuah kandang kuda di Cameron Highland, Pahang.

Menurut Faizal pengalaman dapat membimbing dan menyaksikan sendiri seorang lelaki warganegara New Zealang memeluk islam adalah satu momen yang begitu indah buatnya.

Beliau turut berkongsikan video berkenaan kepada pengikutnya di laman Instagram.

In islam we are brothers

Menerusi video tersebut dapat dilihat Faizal yang sedang membimbing lelaki berkenaan sambil disaksikan adiknya Anas Tahir dan juga wakil dari Hidayah Centre Foundation (HCF)

Memetik laporan mStar, ini merupakan pengalaman pertama Faizal selepas dia mendapat kepercayaan Anas yang juga penyampai radio Zayan dan juga HFC untuk membimbing saudara baru itu pada Isnin lalu.

Menurut Faizal, lelaki tersebut yang juga pemilik kepada kandang kuda berkenaan sudah 12 tahun menyimpan hajat untuk memeluk islam.


“Ini kali pertama saya diberi peluang oleh adik saya, Anas dan Hidayah Centre Foundation (HCF) untuk membimbing seorang saudara baharu memeluk Islam.

“Ceritanya… pagi Isnin itu saya dapat mesej dari pembantu memaklumkan mengenai program syahadah ini, saya tak fikir panjang terus bangun bersiap ke lokasi dan tinggalkan semua kerja”

“Lelaki berusia 60-an itu merupakan pemilik kandang kuda berkenaan dan sudah 12 tahun bercita-cita nak masuk Islam.

“Alhamdulillah dapat membimbingnya mengucapkan kalimah syahadah merupakan satu momen cukup indah buat saya.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

6 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago