fbpx
Now Reading
Tular Video Kanak-Kanak Autisme Didera, Pengasuh Warga Asing Ditahan Polis

Tular Video Kanak-Kanak Autisme Didera, Pengasuh Warga Asing Ditahan Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai penularan sebuah video memperlihatkan seorang kanak-kanak lelaki autisme dikasari oleh seorang wanita di sebuah pusat asuhan di Ampang, Selangor.

Mual dimuat naik oleh ayah kepada kanak-kanak itu sendiri,  Tengku Aminuddin Shafiq  video tersebut nyata menarik perhatiaan netizen apabila melihat cara wanita berumur 51 tahun berkenaan menguruskannya kanak-kanak kecil tersebut, Tengku Noah dengan begitu teruk sekali.

“Saya terkilan dan sangat marah dengan apa yg telah terjadi kepada anak saya semalam. Anak saya merupakan pelajar di sebuah intervensi yang khusus untuk kanak- kanak autistik.

“Kejadian yang tak masuk akal ini berlaku pada 1 Oktober dan kami hilang kepercayaan untuk menghantar anak kami ke sana.

Beliau dalam masa sama turut menzahirkan kekecewaan memandangkan sekolah tersebut merupakan sekolah khas untuk kanak-kanak seperti anaknya malah dia tidak pernah sekali pun gagal membayar yuran kepada pusat berkenaan.

“Sewaktu mengambilnya pulang kami ternampak beberapa kesan di belakangnya, kami tahu yang ianya bukan dilakukan anak kami sebaliknya dilakukan oleh seseorang.

“Alasan kamu yang anak saya tidak mahu makan hingga membuatkan kamu memperlakukan dia sebegitu rupa adalah tidak masuk akal.

“Anak saya dari video ini dengan jelas takut dengan guru yang merupakan Pengetua di Centre tersebut, takut akan di apa apakan oleh guru tersebut dan saya tidak lihat di mana-mana klip CCTV (yang saya sempat rekod dan yang saya tidak dibenarkan untuk rekod dan enggan ditunjuk semula oleh pihak Center) yang anak saya bertindak kasar. Kesalahan anak saya ialah dia tidak mahu makan. Makanan diluah keluar semula dari mulut ” tulisnya panjang lebar.

Sudah ditahan polis

Terbaru, wanita berkenaan yang didakwa mengasari kanak-kanak lelaki itu sudahpun ditahan polis selepas 1 laporan dibuah oleh si ayah.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak wanita berkenaan berusia 51 tahun dan merupakan warganegara asing telah ditahan di pekarangan Pejabat Siasatan Seksual Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Jelasnya berkata seorang guru di pusat asuhan berkenaan memaklumkan kepada bapa kanak-kanak itu terdapat kesan kemerahan pada tepi dahi kiri mangsa dan mendakwa mangsa menghantukkan kepala di meja atas alasan tidak mahu makan.

“Bapa mangsa kemudian bertindak melihat rakaman kamera litar tertutup tempat kejadian selain mendapati suspek bertindak kasar apabila mangsa mengelak untuk makan,” katanya dipetik dari Bernama.

Siasatan kemudian mendapati wanita tersebut yang juga seorang warga asing merupakan pengurus di premis berkenaan dimana dia turut menggajikan tiga pekerja warga tempatan yang juga berada di tempat kejadian.

“Wanita itu mempunyai tujuh pelajar termasuk mangsa yang kesemuanya OKU autisme. Hasil siasatan lanjut juga mendapati pusat asuhan dikendalikan suspek telah beroperasi selama tujuh tahun dan semakan awal mendapati status lesen dimilikinya telah tamat tempoh,” katanya.

Beliau berkata pas lawatan wanita itu disyaki telah tamat tempoh dan dia direman hingga Selasa depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian kanak-kanak serta Seksyen 15 (1) Akta Imigresen 1952 iaitu tinggal lebih masa dan pas sosial tamat tempoh.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.